Kata Pedoman

"Tidak ku pandang rupa parasnya, tapi perangainya. Tidak pula ku pandang siapa yang berkata, tapi kata-katanya"

Lambang ADDP

Damarsutra _ Sesat Dalam Rindu

MAKLUMAN

Semua tulisan aku di dalam blog ini, hanyalah sebagai pendapat peribadi aku sahaja dan tidak menuntut kepercayaan sesiapa dan apa-apa. Dimaklumkan. Hee hee....
MAKLUMAN akudtgdrpantek @ ADDP :

SESIAPA yang "rela hati dan suka hati" mahu bersahabat dengan ADDP di dalam Lancang Kuning ADDP, sila berhubung terus dengan ADDP di alamat Email : akunakbalikcepat@gmail.com - Sila sertakan no telefon, nama penuh dan alamat. Serta berikan maksud dan tujuan, mengapa Anda mahu menjadi Sahabat ADDP? Hanya yang benar benar "berkelayakan" kerana ALLAH dan RosulNYA sahaja yang akan diterima sebagai Sahabat ADDP. Fasa pertama ini dibuka hanya kepada +- 300 orang sahaja. Sesiapa yang berminat disyaratkan mengikut Adat dan Adab di dalam Lancang Kuning ADDP iaitu segala agenda "kepentingan peribadi duniawi" Anda TIDAK BOLEH diletakkan sebagai keutamaan diri. Dimaklumkan. Sekian dan tak lupo...heheee

Wednesday, 23 October 2013

Pasaran Modal Malaysia Bernilai US$816 Bilion Bersamaan Dua Setengah Kali Ganda KDNK


Kuala Lumpur - Pasaran modal Malaysia yang kini lebih terangkum serta boleh diakses berbanding sebelumnya, dan kini bernilai US$816 bilion, berjaya mengukuhkan ekonomi dengan mencergaskan pasaran bon, terutama bon Islam, merangsang industri unit amanah serta menyumbangkan kepada tabungan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pasaran modal Malaysia yang cergas, kini bersamaan dua setengah kali ganda keluaran dalam negara kasar negara.

Selain itu, pasaran bon negara yang bernilai US$314 bilion, sudah berkembang dan secara relatifnya merupakan ketiga terbesar di Asia kepada keluaran domestik kasar, manakala industri unit amanah merupakan yang terbesar di Asean, dengan gabungan nilai aset berjumlah US$102 bilion.

"Pasaran sukuk menyumbang hampir 70 peratus jumlah dunia dan merupakan industri unit amanah Islam terbesar di dunia," katanya dalam ucapan dasar pada Simposium Pasaran Modal dunia 2013.

Datuk seri Najib yang juga Menteri Kewangan berkata peningkatan pasaran modal yang cergas sejak 20 tahun lepas itu adalah sejajar dengan kedudukan ekonomi negara yang lebih terbuka, berdaya saing dan lebih bersepadu dengan pasaran global, yang membolehkan tabungan lebih cekap dan digunakan sebagai modal.

"Kita mempunyai kadar tabungan tertinggi di dunia," kata Perdana Menteri.

2 comments:

  1. 800 000 000 000 eh betul ker? cam sikit je kosong tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. details speeches..
      http://www.pmo.gov.my/?menu=speech&news_id=678&page=1676&speech_cat=2

      "As a result, our capital market now really matters to our economy. Malaysia’s capital market is today valued at US$816 billion – two-and-a-half times our current GDP. Our bond market, worth US$314 billion, has grown to become Asia’s third largest relative to GDP. We have today the largest unit trust industry in ASEAN, with a combined net asset value of US$102 billion; our sukuk market accounts for almost 70% of the global total, and we are home to the world’s largest Islamic unit trust industry."

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Market Oracle