Kata Pedoman

"Tidak ku pandang rupa parasnya, tapi perangainya. Tidak pula ku pandang siapa yang berkata, tapi kata-katanya"

Lambang ADDP

Damarsutra _ Sesat Dalam Rindu

MAKLUMAN

Semua tulisan aku di dalam blog ini, hanyalah sebagai pendapat peribadi aku sahaja dan tidak menuntut kepercayaan sesiapa dan apa-apa. Dimaklumkan. Hee hee....
MAKLUMAN akudtgdrpantek @ ADDP :

SESIAPA yang "rela hati dan suka hati" mahu bersahabat dengan ADDP di dalam Lancang Kuning ADDP, sila berhubung terus dengan ADDP di alamat Email : akunakbalikcepat@gmail.com - Sila sertakan no telefon, nama penuh dan alamat. Serta berikan maksud dan tujuan, mengapa Anda mahu menjadi Sahabat ADDP? Hanya yang benar benar "berkelayakan" kerana ALLAH dan RosulNYA sahaja yang akan diterima sebagai Sahabat ADDP. Fasa pertama ini dibuka hanya kepada +- 300 orang sahaja. Sesiapa yang berminat disyaratkan mengikut Adat dan Adab di dalam Lancang Kuning ADDP iaitu segala agenda "kepentingan peribadi duniawi" Anda TIDAK BOLEH diletakkan sebagai keutamaan diri. Dimaklumkan. Sekian dan tak lupo...heheee

Monday 29 December 2014

Perihal : [Master of] Grand Master (ii), Arahan Dunia Baru (ii) : WAHAI BANI TAMIM DAN MANUSIA SEJAGAT SEKELIANNYA!!! REBUTLAH PELUANG KE-EMAS-AN INI JIKA KALIAN BENAR BENAR MAHU BERSAMA SAMA DI BAWAH "PAYUNG NAUNGAN KHALIFAH AKHIR ZAMAN (integrated islam)" @ GRAND MASTER (integrated islam), NEW WORLD ORDER (integrated islam), SEMATA MATA UNTUK MERAIH KEBERKATAN HIDUP KETIKA KITA DI DUNIA UNTUK AKHIRAT KITA BERSAMA DEMI KERANA ALLAH DAN ROSULNYA YANG BERSAMA KITA SENTIASA!!!


CHERITA Hyper Super "BENAR dongeng...BENAR" dari akudtgdrpantek @ ADDP : KALAU diperhatikan susunan kata kata dari "Tajuk???" di atas, ianya seolah olah memberi "1 RUANG dan PELUANG KE-EMAS-AN " kepada Bani Tamim khususnya dan kepada sekelian Umat Manusia Sejagat amnya yang punya kemahuan dan "kesungguhan" jitu mahu berjuang untuk bersama sama menegakkan yang BENAR [HAQ] lagi BAIK demi kerana ALLAH dan ROSULNYA semata mata, di bawah PAYUNG "NAUNGAN" KHALIFAH AKHIR ZAMAN, New World Order (ii). Namun begitu, terlebih dahulu perlulah seseorang Manusia itu berjuang "Ke Dalam Dirinya Sendiri" dengan mengikut acuan yang telah ditunjukkan oleh Rosulullah SAW di dalam Naskah Al Quran dan Hadisnya. Sesungguhnya KHALIFAH (ii) itu menyukai Manusia yang berjiwa sepertimana yang dikehendaki oleh Rosulullah SAW. Jiwa yang dimaksudkan itu adalah sepertimana yang dikhabarkan di dalam sebuah Hadis yakni tentang suatu Perkhabaran Gembira yang disampaikan oleh Rosul Allah SAW kepada Bani Tamim dan sebahagian penduduk Yaman suatu ketika dahulu. Namun ketika itu yang menyambut "Perkhabaran Gembira" tersebut adalah penduduk Yaman dan bukannya Bani Tamim, walaupun Perkhabaran Gembira tersebut pada mulanya diberikan oleh Rosul Allah SAW kepada Bani Tamim. Di bawah ini disertakan sebuah Hadis yang menceritakan perjalanan Riwayat tersebut, serta diikuti oleh potongan ayat ayat Al Quran yang MENJELASKAN apakah dia "Perkhabaran Gembira" yang dimaksudkan oleh Baginda Rosulullah SAW di dalam Hadis tersebut :-

[Hadis Riwayat : Bukhari, Sahih Bukhari, Juz 4, No Hadis 7418, 1400 Hijrah : 387-388, Rujukan Hadis] :- "Dari Imran bin Hussain R.A. berkata : Ketika aku berada di sisi Nabi SAW, tiba tiba ada sekelompok kaum dari Bani Tamim mendatangi baginda, lalu baginda bersabda : Terimalah "Berita Gembira", wahai Bani Tamim. Mereka menjawab : Engkau telah memberi Khabar Gembira, maka berilah kami sesuatu. Kemudian beberapa orang penduduk Yaman datang lalu baginda bersabda : Terimalah Khabar Gembira wahai penduduk Yaman. Sebab Bani Tamim tidak menerimanya. Mereka menjawab, kami menerimanya dan kami datang untuk belajar Agama dan bertanya kepadamu, Awal Awal Kejadian Alam ini. Lalu Baginda bersabda : Allah telah ada dan tidak ada sesuatu pun sebelumNYA. ArashNYA berada di atas air, kemudian Allah menciptakan langit dan bumi dan Allah menetapkan segala sesuatu dalam Luh Mahfuz [Alam Cahaya]."

Yang Di Pertuan Agung Yang Pertama

Bendera Yang Di Pertuan Agung

 
Bendera MALAYsia

BERIKUT ialah potongan ayat ayat Al Quran yang "menjelaskan" maksud "Berita Gembira" yang disampaikan oleh Rosulullah SAW kepada Bani Tamim dan sejumlah penduduk Yaman di dalam Riwayat Hadis tersebut di atas.

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM. Segala puji bagi ALLAH, Tuhan semesta alam. Ya ALLAH, limpahkan kesejahteraan dan kedamaian kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW yang membawa dan yang menyampaikan Khabar Gembira kepada kaum Mukminin sebagaimana firman ALLAH swt di bawah ini :-


1- Berita Gembira :
Berilah khabar gembira kepada orang orang yang Ber-Iman [Mukmin] :-

Surah Al Baqarah : 223 - Beri khabar gembira bagi orang orang yang ber-Iman [Mukmin].

Surah Ali 'Imran : 171 - Bahawa Allah tidak mengabaikan "pahala" orang orang ber-Iman.


2- Berita Gembira :
Kepada orang orang yang Ber-Zikir [Ber-Ingat] :-

Surah Al Baqarah : 152 - Ingatlah AKU maka AKU ingat akan kalian.

Surah Al Ahzab : 41-44 - Ingatlah Allah dengan zikir yang banyak dan sucikanlah Dia di pagi dan petang hari. Dialah yang memberikan rahmat kepada kalian, demikian pula kepada para MalaikatNYA memohonkan rahmat bagi kalian, untuk mengeluarkan kalian dari kegelapan menuju CAHAYA, dan Dia amat sayang kepada kaum beriman. Penghormatan mereka di saat bertemu denganNYA adalah salam. Dan Dia menyediakan bagi mereka pahala yang baik.



3- Berita Gembira : Kepada orang orang yang Ber-Amal :-

Surah Ali Imran : 195 - Aku tidak mengabaikan amal setiap orang yang beramal, baik laki laki mahupun wanita.

Surah Mukmin : 40 - Dan barangsiapa melakukan amal soleh, baik laki laki atau pun wanita, dan ia seorang yang beriman, maka orang itu akan memasuki syurga, dan di sana mereka akan diberi rezeki tanpa batas.


4- Berita Gembira : Kepada mereka yang kembali kepada Tuhannya :-

Surah Al-Israk : 25 - Sesungguhnya Dia selalu mengampuni orang orang yang mahu kembali kepadaNYA.

Surah Az-Zumar : 34 - Mereka akan memperolehi apa yang mereka inginkan di sisi Tuhan mereka, dan itulah balasan bagi orang orang yang berbuat kebaikan.



5- Berita Gembira : Kepada orang orang yang Ber-Taubat :-

Surah Al-Baqarah : 222 - Sesungguhnya Allah mencintai orang orang yang bertaubat dan membersihkan dirinya.

Surah As-Syura : 25 - Dialah yang menerima taubat dari hamba hambaNYA dan memaafkan keburukan keburukan.


6- Berita Gembira : Kepada orang orang yang Ikhlas :-

Surah Al-Kahfi : 110 - Barangsiapa berharap bertemu dengan Tuhannya, hendaklah ia melakukan amal soleh dan tidak menyekutukan Tuhannya dengan sesuatu pun dalam beribadat kepadaNYA.

Surah Al-'Araf : 29 - Ikhlas mempersembahkan agama hanya kepadaNYA.



7- Berita Gembira : Kepada orang orang yang melakukan Solat :-

Surah Ankabut : 45 - Dan dirikanlah solat, kerana sesungguhnya solat membantu mencegah perbuatan keji dan tercela.

Surah Lokman : 17 - Wahai anak ku, dirikanlah solat, anjurkanlah yang baik, cegahlah perbuatan tercela, dan bersabarlah atas apa yang menimpa mu. Sesungguhnya hal itu termasuk kewajipan yang pasti.


8- Berita Gembira : Kepada orang orang yang Kusyuk :-

Surah Al Baqarah : 45-46 - Mohonlah pertolongan dengan kesabaran dan solat, meski hal itu dirasa amat berat kecuali bagi orang orang yang kusyuk. Iaitu orang orang yang yakin bahawa mereka akan bertemu dengan Tuhannya dan bahawa kepadaNYA mereka akan kembali.

Surah Ali Imran : 191 - Iaitu mereka yang selalu mengingat Allah, baik dalam keadaan duduk, berdiri, atau berbaring, dan mereka merenungkan penciptaan langit dan bumi seraya berkata : Tuhan kami, tidaklah engkau ciptakan semua ini sia sia. Maha suci engkau maka hindarkanlah kami dari seksa neraka.



9- Berita Gembira : Kepada orang orang yang Sabar [Dalam ketaatan] :-

Surah Az Zumar : 10 - Sesungguhnya orang orang yang sabar akan dipenuhi pahalanya tanpa perhitungan.

Surah Az Zumar : 18 - Mereka itulah orang orang yang diberi petunjuk oleh Allah, dan mereka itulah yang memiliki akal yang jernih.


10- Berita Gembira : Kepada orang orang yang Takut [Kepada Allah]:-

Surah Ar Rahman : 46 - Dan bagi orang orang yang takut di hadapan Tuhannya ada dua syurga.

Surah An Naziat : 40-41 - Ada pun orang orang yang takut menghadap Tuhannya dan menahan dirinya dari mengikuti hawa nafsu maka sesungguhnya syurgalah tempat kembalinya.


11- Berita Gembira : Kepada orang orang yang Ber-Takwa :-

Surah Al 'Araf : 156-157 - Dan rahmatKU meliputi segala sesuatu, maka akan Ku tetapkan ia bagi mereka yang bertakwa, menunaikan zakat, dan beriman kepada ayat ayat Ku iaitu mereka yang mengikuti Rosul, Nabi yang umi.

Surah As Saba' : 37 - Bagi mereka pahala dua kali lipat atas apa yang mereka kerjakan dan mereka akan merasa aman di tempat yang Agung.


12- Berita Gembira : Kepada orang orang yang hatinya bergetar ketika disebut nama Allah :-

Surah Al Haj : 34-35 - Iaitu mereka yang hatinya bergetar ketika Allah disebut.

Surah Mukminun : 60 - Dan mereka yang memberikan apa apa yang mereka berikan dengan hati yang penuh dengan rasa takut kerana mereka akan kembali kepada Tuhannya.


13- Berita Gembira : Kepada orang orang yang Sabar [Di dalam menghadapi musibah] :-

Surah Al Baqarah : 155-157 - Berilah khabar gembira kepada orang orang yang sabar iaitu orang orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata sesungguhnya kami ini milik Allah dan sesungguhnya kepada Allah lah kami akan kembali. Mereka itulah yang diberi kesejahteraan dan rahmat dari Tuhannya dan mereka itulah orang orang yang mendapat petunjuk.

Surah Al Mukminun : 111 - Aku memberi balasan baik bagi mereka pada hari ini atas kesabaran mereka, sehingga mereka menjadi orang orang yang beruntung.


14- Berita Gembira : Kepada orang orang yang menahan amarahnya :-

Surah Al Imran : 134 - Mereka yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain. Dan Allah mencintai orang orang yang membuat kebaikan.

Surah As Syura : 49 - Maka barang siapa memaafkan dan memperbaikinya, maka pahalanya ada di tangan Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang orang yang berbuat kezaliman.


15- Berita Gembira : Kepada orang orang yang aktif di dalam Kebaikan :-

Surah Al Baqarah : 195 - Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah mencintai orang orang yang aktif dalam kebaikan.

Surah An'am : 160 - Barang siapa melakukan kebaikan, baginya balasan 10 kali seperti itu, dan barang siapa melakukan keburukan, maka baginya balasan yang setimpal dengannya, dan mereka semua tidak akan dizalimi.


16- Berita Gembira : Kepada orang orang yang Ber-Sedekah :-

Surah Al Baqarah : 280 - Dan jika kalian menyedekahkannya, maka itu baik bagi kalian jika kalian mengetahui.

Surah Yusuf : 88 - Sesungguhnya Allah akan memberi pahala kepada orang orang yang bersedekah.


17- Berita Gembira : Kepada orang orang yang Menafkahkan Hartanya :-

Surah Al Baqarah : 3 - Dan mereka menafkahkan sebahagian dari apa yang kami anugerahkan kepada mereka.

Surah As Saba' : 39 - Dan apa pun yang kalian nafkahkan, maka Dia akan memberi gantinya.


18- Berita Gembira : Kepada orang orang yang Ber-Syukur :-

Surah An Nahl : 114 - Syukurilah nikmat Allah jika hanya kepadaNya kalian menyembah.

Surah Ibrahim : 7 - Jika kalian bersyukur, sungguh Aku akan memberikan lebih kepada kalian, namun jika kalian mengingkarinya, sungguh azab Ku amat pedih.


19- Berita Gembira : Kepada orang orang yang meminta kepada Allah :-

Surah Al Baqarah : 186 - Sesungguhnya Aku dekat; Aku menjawab permohonan orang orang yang bermohon jika ia memohon kepada Ku.

Surah Al Mukmin : 60 - Serulah Aku, pasti Ku menjawab seruan mu.


20- Berita Gembira : Kepada orang orang yang Soleh :-

Surah Al Ambia' : 105 - Bahawa bumi akan diwarisi oleh hamba hambaKu yang soleh.

Surah Al Mukminun : 10-11 - Merekalah orang orang yang mewarisi; yaitu mewarisi syurga firdaus. Meraka kekal di dalamnya.


21- Berita Gembira : Kepada orang orang yang aktif berbuat Baik :-

Surah Al Ahzab : 56 - Sesungguhnya Allah dan para MalaikatNya berselawat kepada Nabi. Wahai orang orang yang beriman, berselawatlah bagiNya dan berilah salam kepadaNya dengan penuh penghormatan.

Surah Al Hadid : 28 - Dia akan memberi kepada mu 2 bahagian dari rahmatNya dan memberi kepada mu Cahaya penerang yang denganNya engkau berjalan, dan Dia akan mengampun mu. Dan Allah maha pengampun lagi maha penyayang.


22- Berita Gembira : Kepada orang orang yang diberi Khabar Gembira :-

Surah Yunus : 64 - Bagi mereka khabar gembira di dalam kehidupan dunia ini dan akhirat kelak tidak ada perubahan bagi kalimat Allah. Itulah keberuntungan yang besar.


23- Berita Gembira : Kepada orang orang yang beroleh kemenangan :-

Surah Al Ahzab : 71 - Barangsiapa taat kepada Allah dan RosulNya, maka sungguh ia telah memperoleh kemenangan yang besar.



24- Berita Gembira : Kepada orang orang yang Zuhud :-

Surah Al Kahfi : 46 - Harta dan anak anak adalah hiasan kehidupan dunia. Namun amal baik yang abadi adalah lebih baik di sisi Tuhanmu dalam hal pahalanya dan lebih baik untuk diharapkan.


25- Berita Gembira : Kepada orang orang yang umi [AKU tak tahu!!!!] :-

Surah Al Imran : 110 - Kalian adalah sebaik baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, kalian memerintahkan yang baik dan mencegah yang mungkar.

26- Berita Gembira : Kepada orang orang yang terpilih :-

Surah Al Fathir : 32 - Wariskan Kitab itu kepada orang orang terpilih dari hamba hamba Kami. Di antara mereka ada yang menzalimi dirinya sendiri, di antara mereka ada yang sedang sedang sahaja, dan di antara mereka ada yang terdepan dalam melakukan kebaikan dengan izin Allah. Itulah keutamaan yang besar.


27- Berita Gembira : Kepada orang orang yang Ber-Dosa :-

Surah Az Zumar : 53 - Wahai hamba hambaKu yang telah melanggar batas batas dirinya, jangan kalian berputus asa terhadap rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni semua dosa, sesungguhnya ia maha pengampun lagi maha penyayang.


28- Berita Gembira : Kepada orang orang yang Ber-Istighfar [Mohon keampunan] :-

Surah An Nisa' : 110 - Barangsiapa melakukan keburukan atau menzalimi dirinya sendiri, lalu ia memohon ampun kepada Allah, maka ia akan mendapati Allah maha pengampun lagi maha penyayang.


29- Berita Gembira : Kepada orang orang yang didekatkan kepada Allah :-

Surah Al Ambia' : 101-103 - Sesungguhnya orang orang yang lebih dulu memperoleh kebaikan dari Kami, mereka itu dijauhkan dari neraka. Mereka tidak mendengar sedikit pun suara api neraka, dan mereka kekal dalam menikmati apa yang mereka inginkan. Mereka tidak disusahkan oleh kedahsyatan yang besar [pada hari kiamat], dan mereka disambut oleh para malaikat : Inilah hari mu yang telah dijanjikan kepada mu.


30- Berita Gembira : Kepada orang orang yang berserah diri kepada Allah :-

Surah Al Ahzab : 35 - Sesungguhnya laki laki dan wanita yang berserah diri, laki laki dan wanita yang beriman, laki laki dan wanita yang taat, laki laki dan wanita yang jujur, laki laki dan wanita yang sabar, laki laki dan wanita yang bersedekah, laki laki dan wanita yang berpuasa, laki laki dan wanita yang menjaga kemaluannya, laki laki dan wanita yang banyak mengingat Allah, maka Kami sediakan bagi mereka ampunan dan pahala [Anugerah] yang besar.

Surah An Najam : 39-41 - Dan bahawa seseorang hanya akan memperoleh apa yang diusahakannya. Dan bahawa usahanya itu akan dilihat, lalu akan diberi balasan dengan balasan yang setimpal.


31- Berita Gembira : Kepada orang orang yang menjadi dadanya lapang :-

Surah Yunus : 10 - Maha suci Engkau, ya Allah. Penghormatan mereka di sana adalah salam. Dan akhir ucapan mereka adalah sesungguh puji bagi Allah Tuhan semesta alam.


Sekian dari akudtgdrpantek @ ADDP dan tak lupo...AKU TAK TAHU...LAAA!!!!...heheee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Market Oracle