Kata Pedoman

"Tidak ku pandang rupa parasnya, tapi perangainya. Tidak pula ku pandang siapa yang berkata, tapi kata-katanya"

Lambang ADDP

Damarsutra _ Sesat Dalam Rindu

MAKLUMAN

Semua tulisan aku di dalam blog ini, hanyalah sebagai pendapat peribadi aku sahaja dan tidak menuntut kepercayaan sesiapa dan apa-apa. Dimaklumkan. Hee hee....
MAKLUMAN akudtgdrpantek @ ADDP :

SESIAPA yang "rela hati dan suka hati" mahu bersahabat dengan ADDP di dalam Lancang Kuning ADDP, sila berhubung terus dengan ADDP di alamat Email : akunakbalikcepat@gmail.com - Sila sertakan no telefon, nama penuh dan alamat. Serta berikan maksud dan tujuan, mengapa Anda mahu menjadi Sahabat ADDP? Hanya yang benar benar "berkelayakan" kerana ALLAH dan RosulNYA sahaja yang akan diterima sebagai Sahabat ADDP. Fasa pertama ini dibuka hanya kepada +- 300 orang sahaja. Sesiapa yang berminat disyaratkan mengikut Adat dan Adab di dalam Lancang Kuning ADDP iaitu segala agenda "kepentingan peribadi duniawi" Anda TIDAK BOLEH diletakkan sebagai keutamaan diri. Dimaklumkan. Sekian dan tak lupo...heheee

Monday 26 May 2014

Perihal : [Master of] Grand Master (ii), Arahan Dunia Baru (ii) : MENGHAMPIRI HARI PERTABALAN PEWARIS RAJA [KERAJAAN] S.. YANG BAKAL MENGGEMPARKAN DUNIA DAN BAKAL MENGUBAH WAJAH KERAJAAN DUNIA SELEPAS "HILANG" RATUSAN TAHUN DARI LIPATAN SEJARAH DUNIA SERTA KAITANNYA DENGAN GRAND MASTER (ii) DAN ASET WHITE SPIRITUAL BOY!!! - Bahagian 1



gambar hiasan

Mungkinkah seakan seperti ini rupa bentuk "Mahkota" Pewaris RAJA S.. yang bakal ditabalkan itu nanti ?...akudtgdrpantek @ ADDP...heheee

SEMUA cherita akudtgdrpantek @ ADDP di dalam blog ini adalah "DONGENG" semata mata dan hanyalah sebagai MADAH SELOKA PERIBADI” beliau yang tidak menuntut kepercayaan sesiapo dan apo apo, serta tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati!…Dimaklumkan…heheee


CHERITA Hyper Super "DONGENG" akudtgdrpantek @ ADDP : BERBAGAI versi cherita kedengaran sejak lama dahulu hingga sekarang, berkaitan dengan siapakah ORANG-nya yang sebenar benar "berhak" untuk ditabalkan sebagai RAJA [sultan?] S..? Tidak ketinggalan juga yang "telah" menabalkan [ditabalkan?] dirinya sebagai sultan S.. oleh satu "kaum"! Rasanya kebanyakan peminat cherita [Negara!] S.. ini sudah pun mengetahui tentang diri seseorang yang telah ditabalkan [secara rasmi?] sebagai "sultan" S.. sekarang ini oleh satu kaum itu yang telah "disogokkan" dengan sejarah susurgalur [palsu?] RAJA [sultan?] S.. yang kononnya dianggap benar oleh kaum tersebut. Adakah kita tahu dan sedar bahawa untuk mengembalikan semula hak sebagai RAJA S.. itu kepada PEWARISNYA yang berhak, haruslah mengikut dan mendapat "PENGESAHAN BERTULIS" daripada SISTEM DUNIA yang telah sedia ada selama ini seperti pentingnya mendapatkan PENGESAHAN BERTULIS DARIPADA PBB UNTUK MENGESAHKAN SEJARAH ASAL USUL PEWARIS TERSEBUT ADALAH "BENAR" MELALUI MAKLUMAT DAN BAHAN BUKTI YANG TERKUMPUL DI ARKIB DUNIA DAN NEGARA, dan bukannya sekadar memungut suara orang ramai yang sudah tentunya dipengaruhi oleh maklumat maklumat dan bahan bukti yang kurang tepat lagi PALSU, yang disogokkan oleh "kaum tertentu" yang berkepentingan syaitan yang berselindung disebalik kehendak mereka yang kononnya kelihatan murni tapi DUSTA sebenarnya, tanpa pengetahuan rakyat jelata dan kaum yang mahu menuntut itu sendiri?  



PERNAHKAH kita mengetahui dan menyedari tentang sejarah susurgalur keturunan RAJA S.. yang telah diselamatkan Tuhan ketika penjajah barat menjarah bumi S.. ratusan tahun dahulu? Pernahkah kita berjumpa dengan pewaris sah dari keturunan RAJA S.. yang telah diselamatkan itu untuk kita mengetahui apakah cherita sebenarnya yang telah terjadi ketika keturunan mereka dibawa keluar dari bumi S.. dahulu? Siapakah ketika itu yang tinggal di bumi S.. dan tidak mengikuti rombongan DI RAJA yang dibawa keluar dari bumi S.. ketika itu dan apakah hubungkait dirinya dan keturunannya dengan RAJA S.. tersebut dan "pewaris" keturunannya hingga sekarang? Siapakah pula yang telah diberikan AMANAH "sementara" sebagai sultan S.. ketika itu oleh RAJA S.. sebelum baginda meninggalkan bumi S.., walaupun yang diberikan amanah itu hanyalah seorang bendahara dan bukannya Pewaris RAJA S.. yang berhak ke atas TAKHTA S.. dan HARTA keluarga di RAJA S.. itu? Pernahkah kita tahu kemanakah rombongan DI RAJA itu dibawa pergi semata mata untuk menyelamatkan keturunannya dan HARTANYA sebagai persiapan untuk kebangkitan umat islam [MELAYU] akhir zaman ini? Adakah pernah kita tahu tentang hubungkaitnya susurgalur keturunan RAJA S.. ini dengan Raja Daud, Raja Sulaiman dan Raja Muhd? Juga pernahkah kita tahu tentang HARTANYA itu yang selama ini hingga detik ini sangat diidamkan oleh Kaum Dajjal [Kaumnya Iblis!!!] yang menggelarkan pertubuhan mereka sebagai Group Freemason [Kaum Dark Force/SIHIR!] itu, adalah HARTANYA "keluarga" ROSUL yang diamanahkan ALLAH kepada mereka dan keturunan mereka yang beriman dan bertakwa, dengan tujuan untuk menegakkan agama ALLAH di muka buminya dan telah mereka berikan nama atau "kod" atas harta tersebut sebagai White Spiritual Boy Asset yang di dalamnya terkandung pelbagai jenis nama harta yang hingga detik ini sangat direbutkan oleh "kaum tertentu" itu, seperti harta yang bernama Chinese Red Dragon Family, Jesus, Champa dan lain lainnya. Lalu mereka telah "amanahkan" harta tersebut kepada kumpulan Komitee 300 yang ditubuhkan oleh mereka semata mata untuk menghidupkan Sistem Kewangan Dunia dahulu hingga sekarang bagi tujuan kemakmuran hidup umat manusia sejagat hingga kini tetapi amanah itu telah dikianati oleh kumpulan Komitee 300 itu di dalam tempoh "perjanjian" yang telah diberikan kepada mereka oleh "pewaris sah" dari keluarga ROSUL tersebut dahulu! Pengkianatan tersebut berlaku kerana majoriti ahli kumpulan Komitee 300 yang "dilantik" ketika itu terdiri dari manusia yang akhirnya terpesona JIWA-nya dengan dunia lalu menjadi pengikutnya Dark Force Iblis [Ilmu Hitam @ SIHIR - Group IBLIS @  Freemason @ Group Dajjal !] walaupun yang menubuhkan kumpulan Komitee 300 itu adalah "White Spiritual Boy" itu sendiri selaku PEMILIK [Owner Sah!] TUNGGAL harta keluarga ROSUL tersebut hingga kini!!!???


PERNAHKAH kita tahu dan sedar bahawa kedatangannya mereka sang penjajah [yang telah dikuasai Jiwa mereka oleh Dark Force Sang Iblis @ Dajjal-Freemason Group] dari benua barat itu ke NUSANTARA ini adalah bertujuan untuk mencari dan mengenal pasti kedudukan pewaris sah dari keturunan RAJA S.. tersebut serta hartanya itu? Namun perkara itu tidak berlaku kini atas faktor penguasaan Light Force [Ilmu Putih @ ALLAH] ke atas Jiwa ketua negara/kerajaan negara negara kuasa besar [Veto] dunia hari ini. Adakah pernah kita tahu dan sedar bahawa di wilayah S.. ini lah titik terakhirnya "LANCANG KUNING" itu melabuhkan sauhnya setelah belayar sekian jauhnya dan lamanya dari titik ke titik bermula dari titik terawalnya dan kelak bakal kembali semula ke "titik terawal" itu, bermula dari titik terakhir ini yakni dari sebuah "bakal" NEGARA S.. yang BERDAULAT di dalam PBB tidak berapa lama sahaja lagi dan ianya bakal berlaku selepas proses PERTABALAN RAJA S.. tersebut selesai. Lebih lebih lagi setelah proses "perdamaiannya" melalui PBB sudah pun selesai dengan jayanya sebelum ini tanpa perlu liputan media dunia!!! 

SESUNGGUHNYA rombongan RAJA S.. itu pergi keluarnya dari bumi S.. dahulu tidaklah jauh jaraknya dari bumi S.. Maka itu kaum Dark Force Iblis [Group Freemason/Dajjal] itu seolah olah semacam dapat mengesan kedudukan pewaris keturunan RAJA S.. itu lalu dengan mengguna pakai kuasa kerajaan di negara yang telah berjaya mereka kuasai "JIWA" para pemerintahnya dan para pemimpinnya secara "spiritual", seperti negara portugis, sepanyol, belanda, british, perancis, jepun dan usa [BUKAN usa dan saudara Barak Obama sekarang ini tau!], maka mereka telah menghantar bala tenteranya ke NUSANTARA dengan tujuan untuk mengesan dan mengenal pasti diri pewaris itu, tetapi hampa mengenal pasti "sarung" susuk tubuh "ORANGNYA" hingga kini!!! Wilayah SULU, Jawa dan Semenanjung MELAYU telah menjadi sasaran mereka dengan menyelongkar di setiap pelusuk wilayah tersebut semata mata untuk tujuan itu. Tetapi ALLAH sembunyikan "pewaris" keturunan RAJA S.. tersebut berserta hartanya itu hingga sukar untuk mereka mencari dan mengenal pasti akan kedudukannya!!! Dahulu bilamana kaum Dark Force Iblis ini mengetahui bahawa pewaris keluarga ROSUL yang menjadi RAJA S.. ketika itu berserta hartanya berada di dalam Empayer S.., maka mereka telah menghantar bala tenteranya dari blok barat untuk MEMBUNUH dan merampas ke semua harta tersebut. Namun Tuhan telah menyelamatkan RAJA S.. dan keturunannya berserta ke semua harta tersebut, dan dibawa diri RAJA S.. tersebut ke negeri Jawa dan berketurunan di sana untuk sekelian lamanya. Oleh kerana usaha mengesan pewaris dari keturunan keluarga ROSUL itu tidak pernah padam dari hati HITAM kaum Dark Force Iblis itu, makanya mereka telah menghantar bala tenteranya dari negara blok barat lainnya yang telah mereka kuasai secara "spiritual" akan JIWA para pemerintah dan para pemimpinnya ke negeri Jawa tersebut semata mata untuk mengenal pasti pewaris dari keturunan keluarga ROSUL tersebut berserta hartanya! Perancangan ALLAH itu sememangnya "SUPERB", hingga mereka lelah lalu gagal untuk mengesan dan mengenal pasti akan diri SARUNG pewaris dari keturunan ROSUL tersebut berserta hartanya itu di negeri Jawa tersebut, yang mana kemudiannya diri pewaris dari keturunan keluarga ROSUL itu telah dibawa Tuhan berpindah pula ke Semenanjung MELAYU! Tidak cukup dengan usaha di negeri Jawa itu, maka kaum Dark Force Iblis itu dengan tidak pernah berputus asa lalu menghantar pula bala tenteranya dari negeri blok barat yang lainnya ke Semenanjung MELAYU semata mata untuk mengesan dan mengenal pasti akan diri sarungnya SANG PEWARIS berserta hartanya itu! Akhirnya di sinilah mereka yakni kaum Dark Force Iblis yang berjenama Kaum Freemason/Dajjal/SIHIR itu "berkumpul" dan memuncungkan ke semua senjatanya baik yang GHAIB terutamanya mahupun yang nyata dari segenap penjuru dan arah semata mata untuk "mendapatkan" diri sarung SANG PEWARIS ROSUL berserta hartanya itu hingga kini! Adalah amat "PENTING" untuk diingatkan di sini kepada sekelian umat manusia seluruh dunia bahawa tujuan kaum Dark Force Iblis [Kaum Freemason/Dajjal/SIHIR] membuat kerja mencari dan mengesan diri sarung PEWARIS keluarga ROSUL itu berserta hartanya sejak dahulu kini dan selamanya, adalah kerana bermatlamatkan SUMPAH yang telah diri Sang Iblis itu ikrarkan di depan wujud ALLAH SWT, Rabb Semesta Alam berserta diri para MALAIKATNYA pada suatu masa dahulu, yakni untuk MENYESATKAN JIWA KETURUNAN MANUSIA, BUKAN RAGANYA !!! Sebelum akudtgdrpantek @ ADDP menutup cherita bahagian 1 ini, ingin akudtgdrpantek @ ADDP bertanya kepada sekelian para pewaris ROSUL dan Pemimpinnya itu, kalau sekiranya ada membaca tulisan ini, tentang "Mengapa Kaum Dark Force Iblis [Kaum Freemason/Dajjal/SIHIR] itu TIDAK dapat mengesan dan mengenal pasti mereka para PEWARIS KELUARGA ROSUL DAN PEMIMPINNYA [Kaum Light Force ALLAH] itu???...sekian dari akudtgdrpantek @ ADDP dan tak lupo...heheee




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Market Oracle