Kata Pedoman

"Tidak ku pandang rupa parasnya, tapi perangainya. Tidak pula ku pandang siapa yang berkata, tapi kata-katanya"

Lambang ADDP

Damarsutra _ Sesat Dalam Rindu

MAKLUMAN

Semua tulisan aku di dalam blog ini, hanyalah sebagai pendapat peribadi aku sahaja dan tidak menuntut kepercayaan sesiapa dan apa-apa. Dimaklumkan. Hee hee....
MAKLUMAN akudtgdrpantek @ ADDP :

SESIAPA yang "rela hati dan suka hati" mahu bersahabat dengan ADDP di dalam Lancang Kuning ADDP, sila berhubung terus dengan ADDP di alamat Email : akunakbalikcepat@gmail.com - Sila sertakan no telefon, nama penuh dan alamat. Serta berikan maksud dan tujuan, mengapa Anda mahu menjadi Sahabat ADDP? Hanya yang benar benar "berkelayakan" kerana ALLAH dan RosulNYA sahaja yang akan diterima sebagai Sahabat ADDP. Fasa pertama ini dibuka hanya kepada +- 300 orang sahaja. Sesiapa yang berminat disyaratkan mengikut Adat dan Adab di dalam Lancang Kuning ADDP iaitu segala agenda "kepentingan peribadi duniawi" Anda TIDAK BOLEH diletakkan sebagai keutamaan diri. Dimaklumkan. Sekian dan tak lupo...heheee

Wednesday 25 June 2014

Perihal : [Master of] Grand Master (ii), Arahan Dunia Baru (ii) : MENGHAMPIRI HARI PERTABALAN PEWARIS RAJA [KERAJAAN] S.. YANG BAKAL MENGGEMPARKAN DUNIA DAN BAKAL MENGUBAH WAJAH KERAJAAN DUNIA SELEPAS "HILANG" RATUSAN TAHUN DARI LIPATAN SEJARAH DUNIA SERTA KAITANNYA DENGAN GRAND MASTER (ii) DAN ASET WHITE SPIRITUAL BOY!!! - Bahagian 3


SEMUA cherita akudtgdrpantek @ ADDP di dalam blog ini adalah "DONGENG" semata mata dan hanyalah sebagai “MADAH SELOKA PERIBADI” beliau yang tidak menuntut kepercayaan sesiapo dan apo apo, serta tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati!…Dimaklumkan…heheee


CHERITA Hyper Super "DONGENG" dari akudtgdrpantek @ ADDP : SESUNGGUHNYA Keturunan Raja Adam [Manusia] yang mendapat makam Rosul ALLAH [Muhammad] sahaja kemungkinan besarnya yang dinamakan sebagai "Pewaris ROSUL". Di kalangan Pewaris Rosul ini pula, kemungkinan di antara mereka adalah Sahabat kepada Ketua Jemaah Pewaris Rosul Se Dunia yaitu Grand Master (ii) sekarang ini. Dahulu yang menjadi Sahabat Karib serta Pembantu kepada Nabi Muhammad di dalam urusan mentadbir muka bumi bagi melaksanakan kerja Kebajikan ALLAH di seluruh dunia ialah Abu Bakar, Umar, Osman dan Ali. Mereka inilah yang digelarkan sebagai sahabat 4 kepada Raja Muhammad dahulu. Urusan mentadbir dunia itu kini diteruskan pula oleh Grand Master (ii) bersama para sahabat karib beliau sekarang ini. Individu yang menjadi Sahabat Karib serta Pembantu kepada Grand Master (ii) sekarang ini, kemungkinan besarnya terdiri daripada individu yang sedang bersama beliau di dalam urusan kerja memperkemaskan hal ehwal yang bersangkutan dengan Aset dan Kewangan di dalam Sistem Kumpulan Bank Dunia sekarang ini. Adakah di antara individu yang dimaksudkan itu ialah Antonio Santiago Martin tersebut? Kerja Kebajikan ALLAH untuk sekelian umat manusia di muka bumi ini pernah dilakukan oleh setiap Rosul ALLAH pada setiap Zaman. Kebiasaannya para Pembantu Rosul pada setiap zaman itu jumlah mereka hanyalah 4 orang sahaja. Jumlah mereka yang sedikit ini melambangkan kekuatan iman dan takwa mereka berbanding jumlah mereka yang ramai. Semakin ramainya jumlah para Pembantu seseorang Rosul itu melambangkan semakin lemahnya iman dan takwa umat manusia pada zaman tersebut. Untuk Grand Master ("i.i" - "i"ntergrated "i"slamik) sekarang ini, jumlah para Pembantu beliau agak lebih sedikit kalau dibandingkan dengan jumlah 4 orang Pembantu Rosul pada setiap zaman sebelum ini. Jumlah para Pembantu Grand Master (ii) yang melebihi 4 orang itu menunjukkan sedikit kelemahan iman dan takwa para pembantu beliau untuk zaman ini. Mungkin kalau dilihat sekarang ini di seluruh dunia jumlah para pembantu Grand Master (ii) adalah seramai -+70 orang sahaja. Mereka yang sedikit jumlahnya ini dinamakan sebagai Ahad Bait. Mengikut DONGENGAN kata Grand Master (ii) selaku "PEMILIK" kepada Akaun Harta White Spiritual Boy, Akaun Harta Raja Raja MELAYU [Empayer MELAYU Champa] dan Akaun Harta Di Raja Bugis tersebut, jumlah Ahad Bait yang seramai 70 orang itu tadi akan dikurangkannya menjadi 7 orang sahaja untuk bersama sama beliau mentadbir muka bumi ini bagi melaksanakan urusan kerja Kebajikan ALLAH untuk sekelian umat manusia di muka bumi sekarang ini.

SELAIN daripada golongan Ahad Bait ini, terdapat satu lagi golongan manusia yang digelarkan sebagai Ulul Bait. Jumlah mereka ini adalah seramai 70,000 orang sahaja di seluruh dunia. Kalau dibandingkan jumlah Ulul Bait ini dengan jumlah keseluruhan umat manusia di muka bumi sekarang ini yang seramai 7 billion, maka amat jelas sekali perbezaan jumlahnya itu bukan? Golongan Ulul Bait ini penyerahannya kepada ALLAH tidak sekuat golongan Ahad Bait. Yang membezakan golongan Ulul Bait dengan golongan Ahad Bait ialah kekuatan penyerahan mereka kepada ALLAH. Golongan Ulul Bait ini penyerahan mereka kepada ALLAH masih lagi terikat dengan fikiran dan perasaan duniawinya. Kemungkinan mereka ini belum mampu untuk memandang kepada perasaannya sendiri. Tidak seperti golongan Ahad Bait di mana penyerahan mereka kepada ALLAH sudah tidak lagi terikat dengan fikiran dan perasaan duniawinya. Malah golongan Ahad Bait ini mampu memandang kepada perasaannya sendiri. Sesungguhnya golongan Ahad Bait itu sudah semestinya golongan Ulul Bait. Manakala golongan Ulul Bait itu pula tidak semestinya golongan Ahad Bait yang amat sedikit itu. Namun ke dua dua golongan ini punya persamaan yaitu ilmu dan amalan mereka sudah bersih daripada menyekutukan ALLAH yang maha ESA kerana JIWA ke dua dua golongan ini sudah "tersedar" dari lamunan mimpi yang panjang sebelumnya.

SELAIN daripada golongan Ahad Bait dan Ulul Bait tersebut, terdapat satu lagi golongan manusia yang dinamakan sebagai Ahli Bait. Jumlah golongan ini jauh lebih ramai berbanding dengan jumlah Ulul Bait yang seramai -+70,000 orang itu tadi. Golongan ini dikatakan sebagai Ahli Bait hanya kerana memiliki genetik darah keturunan Nabi Muhammad sahaja. Sedangkan kebanyakan mereka dari golongan Ahli Bait jenis ini, amalan zahir dan bathin mereka penuh dengan segala macam maksiat lagi tersiat yang menyekutukan ALLAH swt RABB yang maha ESA! Walau bagaimanapun ada di antara golongan Ahli Bait ini yang termasuk di dalam golongan Ahad Bait dan Ulul Bait itu tadi. Hakikatnya yang boleh dinamakan sebagai golongan Ahli Bait itu ialah mereka yang terdiri daripada golongan Ahad Bait dan Ulul Bait itu sahaja! Kedua golongan Ahad Bait dan Ulul Bait inilah yang bakal menerima "amanah" harta warisan Rosul ALLAH yang ditinggalkan oleh sekelian Rosul ALLAH sebagai "Penguasa" muka bumi sebelum ini, yang dikenali dunia sebagai Akaun Aset White Spiritual Boy tersebut! Harta warisan Rosul ALLAH itu dikenali juga sebagai Harta Nabi/RAJA Sulaiman dan Harta Nabi/RAJA Muhammad. Grand Master (ii) selaku Ketua Jemaah Pewaris Rosul se dunia, juga selaku Pemilik [Owner] Akaun Aset White Spiritual Boy sekarang ini, akan menyerahkan "amanah" tersebut kepada sekelian Para Pewaris Rosul yang terpilih di antara mereka yakni dari golongan Ahad Bait dan Ulul Bait yang seramai 70,000 orang itu tadi. Amanah itu akan diserahkan selepas selesainya Majlis Pertabalan RAJA Sulu dan Pengishtiharan Arahan Dunia Baru (ii) itu nanti. Ke dua dua peristiwa besar yang bakal menggemparkan "Sistem Kewangan Dunia" itu nanti, akan berlangsung serentak selama 7 hari 7 malam berturut turut di bumi Sulu. Namun Majlis Pengishtiharan Arahan Dunia Baru ("i.i" - "i"ntergrated "i"slamik) itu nanti hanya akan dilangsungkan selepas selesainya Majlis Pertabalan RAJA Sulu itu dibuat. Apabila selesainya Majlis Pertabalan RAJA Sulu dan Majlis Pengishtiharan Arahan Dunia Baru (ii) itu dibuat, satu Majlis Angkat Sumpah kerana ALLAH dan Rosul [Aku Janji/Baiah/Undertaking] yang berkaitan dengan penyerahan AMANAH Akaun Harta White Spiritual Boy kepada golongan Ahad Bait dan Ulul Bait yang terpilih di antara mereka, akan dilangsungkan di suatu tempat yang hanya akan diketahui oleh setiap diri yang bakal berbaiah itu nanti sahaja. Mereka akan dimaklumkan oleh Perwakilan yang dilantik oleh Grand Master (ii) selaku Ketua Jemaah Pewaris Rosul "Se Dunia" itu.

SEKIRANYA selesai dengan jayanya semua urusan kerja yang telah dibuat selama 22 tahun itu di mana tahun "TERAKHIRNYA" adalah tahun ini, mengikut sepertimana yang telah dirancangkan dan diarahkan melaksanakannya oleh Grand Master (ii) kepada setiap "Perwakilannya" di seluruh dunia, maka besar kemungkinannya "akaun akaun" tertentu di dalam Sistem Bank Dunia dapat "diaktifkan" di dalam tempoh waktu yang terdekat ini adalah cerah. Manalah tahu kemungkinan besarnya dalam tahun ini atau selewat lewatnya tahun depan, kan? ...heheee...Sudah pastinya bilamana akaun akaun tersebut sudah diaktifkan dan dananya pula sudah boleh digunapakai dengan mendapat imuniti [kekebalan] terlebih dahulu dari PBB sebelum berlakunya Majlis Pengishtiharan Arahan Dunia Baru (ii) tersebut, maka dana dana berkenaan itu akan digunakan oleh Grand Master (ii) dan Jemaahnya untuk menggerakkan program program kebajikan [projek] kemanusiaan yang telah diluluskan oleh PBB di semua negara sebelum ini, bagi tujuan kemakmuran hidup umat manusia [rakyat jelata] di seluruh dunia. Semua projek projek yang diluluskan PBB itu kecuali projek projek yang di bawah Grand Master (ii) secara langsung di sesebuah negara atau negeri, akan diletakkan atas nama projek milik Raja atau Sultan di negara yang memiliki RAJA atau Sultan sahaja. Apa yang bakal berlaku selepas itu ialah pandangan rakyat jelata akan berubah kepada memandang tinggi dan menghormati Institusi Raja atau Sultan yang selama ini mereka "dididik" memperlekehkannya oleh Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen ciptaan Iblis melalui tentera Dajjalnya yang dinamakan sebagai Kumpulan  Freemason se dunia itu. Rakyat jelata nanti akan dapat melihat dengan nyata akan kekuatan kewangan dan ekonomi Sistem Pemerintahan RAJA Berpelembagaan/Mutlak melalui projek projek MEGA lagi strategik yang ditentukan kelulusannya oleh Jemaah Grand Master (ii) terlebih dahulu melalui Sistem Bank Dunia dan PBB. Rakyat jelata juga bakal melihat tiada lagi projek projek di bawah bidang kuasa parti politik sepertimana yang biasa mereka lihat di negara mereka mahupun di negara negara di dalam PBB selama ini. Senario kuasa parti politik sebegitu berlaku adalah kerana PBB mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen hingga kini. Apabila rakyat jelata melihat dengan nyata akan kekuatan sumber kewangan dan ekonomi Sistem Pemerintahan RAJA Berpelembagaan/Mutlak di sesebuah negara, maka secara tidak langsungnya ianya akan mengangkat kembali "MARTABAT" Raja Raja Dunia di mata rakyat jelata. Yang mana selama ini martabat itu telah "dirampas" dengan tipu daya yang keji oleh orang orang politik di dalam sesebuah kerajaan ciptaan Iblis melalui kuasa Kumpulan Freemason se dunianya itu sejak ratusan tahun dahulu hingga kini. Sekian dari akudtgdrpantek@ADDP dan tak lupo...heheee

Kata laluan akudtgdrpantek@ADDP untuk Penabalan Raja Sulu : BILA LANCANG KUNING BERLABUH DI SULU, BERAJALAH SULU... 



24 comments:

  1. 1st

    ~Roh Putih~

    ReplyDelete
  2. 2nd

    Still sesrching

    ReplyDelete
  3. ADDP huhu...

    http://tausug-global.blogspot.sg/2014/01/lawatan-kedua-pemimpin-utama-world.html

    ReplyDelete
  4. INFO nie boleh dipercayai ker?

    http://tausugglobal.blogspot.sg/2009/03/gloria-macapagal-arroyo-berbangsa.html

    http://tausugglobal.blogspot.sg/2009/02/perang-dunia-ketiga-bermula-di-sulu.html

    ReplyDelete
  5. mohon bertanya,
    apakah gmii maupun addp mengetahui atau mengenali atau berusahasama akan penama berikut:

    1. dr sulaiman bin mohd
    2. halil bin ibrahim

    huaaaaa....
    wak rae

    ReplyDelete
  6. Aku rasa bukan raja sulu. Itu nak camo aje

    ReplyDelete
  7. Gua rase...sultan 'S'..raja Sulu..cam topeng jer??
    or sebenarnya sultan 'HT'???
    heher...

    ReplyDelete
  8. Aku rasa Raja ...i kot. Hanya untuk mereka yg tau aje.

    ReplyDelete
  9. eh eh...
    Bukan dari dulu ke ADDP dh bgtau
    yg kat filipino tu bkn yg sebenar
    yg SEBENAR adalah dari TANAH MELAYU...
    malas aku nk kopipes jawapn ADDP kt sini
    korang belek2 la komen di kt page belakang
    kalau rajin cari le kt blog MOM skali huhu

    APTB
    ngeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kat tanah melayu ni dah banyak sangat raja.

      Delete

  10. Light Force

    Jun 30, 2014 at 12:59 am

    MAKLUMAN akudtgdrpantek @ ADDP :

    SESIAPA yang “rela hati dan suka hati” mahu bersahabat dengan ADDP di dalam Lancang Kuning ADDP, sila berhubung terus dengan ADDP di madahselokaaddp.blogspot com– Sila sertakan no telefon, nama penuh dan alamat. Serta berikan maksud dan tujuan, mengapa Anda mahu menjadi Sahabat ADDP? Hanya yang benar benar “berkelayakan” kerana ALLAH dan RosulNYA sahaja yang akan diterima sebagai Sahabat ADDP. Fasa pertama ini dibuka hanya kepada +- 300 orang sahaja. Sesiapa yang berminat disyaratkan mengikut Adat dan Adab di dalam Lancang Kuning ADDP iaitu segala agenda “kepentingan peribadi duniawi” Anda TIDAK BOLEH diletakkan sebagai keutamaan diri. Dimaklumkan. Sekian dan tak lupo….heheee

    Balas


    semoh

    Jun 30, 2014 at 1:14 am

    Tk payah susah2 le encik. Kapal ADDP ke gmii? ke Jasman ka? Mns ka? sama je ja penipunya! Tk teliur le nk terlibat dgn mana2 tongkang. Yg sedia ada ni ni pun dah karam.Di sini sebut topup. Di sana sebut sedekah ikhlas. Kdg2 disebut sumbangan. Ada beza ka? Yg sama semua mintak duit org miskin..

    Balas

    ReplyDelete
  11. ORANG2 HJ JASMAN DAN MOHD NOOR SULAIMAN @ MOHD NUH SULAIMAN HANYA MAHU TAHU BILA NAK DAPAT DUIT PELABURAN HAJI JASMAN SAHAJA.CERITA TENTANG GMII YANG PANJANG BERJELA ITU BOLEH BAGI MEREKA DUIT KAA?

    KAMI NOK PITIH N****G !

    ReplyDelete
  12. Sudah2 lah menggarap cerita psl dana ni, psl cerita dana ni lah dh bagi 1000 harapan pada yg sertai dhj. dh kecewa tahap 7000 petala langit dah ni. $$$ pun dah tinggal ngam2 utk makan je, macam tak cukup je sampai hujung bulan, nak raya lagi. Spender sendiripun pikir 2x nak beli baru takut lari bajet. Bersahabat dgn gmii pulak. Takde bezanya, semua kena keluar duit. Kenapa perlu keluar duit jika nak bersahabat. Maaflah macam ni je lah yg aku tahu meroyan, nak maki2 aku x reti. Masuk dhj x banyak mana pun tapi disebabkan harapan demi harapan yg diberi utk mengubah kehidupan tu berulang2 sampai dah luluh cair lembik jadinya sampai bisnes lingkup pun boleh cakap dlm hati, takpe dana dh dekat dah. Cuba bertahan dgn penuh sabar tapi bila dengar delay lagi, sesak nafas #€£@$$??

    -separuh nyawa-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualikum dan salam perkenalan ,hamba bernama mohd.razi bin mohd raji dari ampang ,selangor ingin menyertai pasukan tuan hamba jikalau di izinkan Allah

      Delete
  13. Bilo nak keluar cerito terbaru ni?

    ReplyDelete
  14. MH17 pulak kene tembak..ada kene mengena?

    ReplyDelete
  15. Tuan addp, beliau kah yang dimaksudkan DYMM Tuanku Sri Raden Johari Mansor Notobroto

    ReplyDelete
  16. Halil bin Ibrahim. Adalah Raja 2 Alam.

    ReplyDelete
  17. Dana 'seseorang' tu tak perlu top up bagai. Kerja2 amanah ini ingat boleh buat main2 ke.akan dipersoalkan nanti oleh Allah.bab2 amanah ini janganlah dilakukan untuk kepentingan diri sendiri dan juga untuk mengumpul kekayaan peribadi dan juga kroni. Tak takut ke dengan Allah? Ingat ..kita ini hanya hamba yang menumpang sementara di bumi Allah ini. Kasihan orang2 melayu yang bergolok gadai kerana terpedaya dengan janji2 si penipu. Dan Ada juga manusia2 bertopengkan syaitan yang pandai mengambil kesempatan. Ingat..Allah Maha Melihat...sia2 hidup kalau hidup bertuhankan nafsu Dan dunia.nikmat yang paling besar adalah bertuhankan Allah.memiliki Allah..bermakna kita memiliki segala galanya...insaf2 lah..dunia pun nak hampir ke penghujung..lebih baik manusia2 akhir zaman mengejar cinta Allah..matlamat kita bukannya DUNIA.dunia adalah sumber kejahatan.matlamat kita kembali kepada Pencipta kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jiwa kacau pabila asyik memikir bab DUNIA dat tak hbs2 pot pet pot pet sini sana slhkan diluar yg didlm dibiarkan terpiatu.n Nafsu nafsi semuanys.

      Delete
  18. Sya ade bca artikel 17 Okt lalu di internet kata Federal Reserve US/ World bank sekarang ini take over/owned by Dragon Family (Chinese family group di negara China)... Dlm chatting tu katanye Dragon Family bukanlah dari kalangan bangsa China... Dan katanya akan tiba masanya akan berlaku Southeast Asian Rule di dlm sistem kewangan dunia.. mohon addp komen.

    ReplyDelete
  19. Power power...

    ReplyDelete
  20. menjelang tahun 2022...masih lagi tiada apa2 iyer tok addp ? tgk laa bulan 3 tahun depan camno..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Market Oracle