Sumber artikel diambil dari FB Tok Belagak
21 December · Edited
Dewasa ini topik yang boleh menjadi pembuka bualan atau ice breaker ialah bab ekonomi. Kenalan atau tidak semua sepakat membincangkan samada di Cafe, Kedai Kopi, Warung, Restoran maupun majlis kenduri. Ia menjadi satu kemestian . Jika tidak membicarakannya seolah kita ini outdated.
Tol Naik Gula naik Tarif Utiliti Naik. Memasing menyalahkan kerajaan yang memerintah. Tabii manusia ialah apabila berlaku bencana, masalah dll...pasti kita kena cari SCAPE GOAT atau Kambing Hitam untuk kita menunjukan jari ( kita lupa 4 jari menunding kearah sendiri ). Namun ia perkara biasa..Ia menjadi tidak biasa jika kita masih menuding jari tanpa muhasabah diri sendiri...
Semua pihak bising akan kenaikan harga gula, Utiliti dan akhir sekali TOL. Standard ialah menuding jari kepada Kerajaan. Setakat 2 -3 minggu kita terperanjat tu ok le tapi jika dah berbulan masih mendendangkan lagu lama maka ianya suatu amalan yang amat tidak sihat. Apa apa perkara pun dalam hidup yang menjadi ranting berduri hendaklah di kutip dan di bunag..Teruskan perjalanan.
Bila di lihat siapa pemegang Konsesi Plus dll...PKNS siapa yang pegang PKNS... Ni survival Ekonomi... Dengan kenaikan Tol..maka Unjuran ekonomi Selangor akan naik..dapat tunjukan Belanjawan Berimbang. pada mata Dunia kelihatan cantik..pada Rakyat derita kerana sebarang kenaikan TOL pasti di ikuti dengan kenaikan harga barang. Nak mendapat jalan tengah inilah yang payah... Dulu rakyat Malaysia sentiasa di latih mengambil subsidi..Makan tahun kita sudah lupa suatu masa Kerajaan sudah tidak boleh sentiasa dalam DEFISIT sahaja demi untuk menanggung kos sara hidup rakyat..
Terlalu lama kita di subsidikan maka sampai bila pun negara akan sentiasa dalam DEFISIT... Sama juga Demi survival Hidup rakyat Malaysia menggunakan Kredit Kad maka keperluan hidup seolah cantik di permukaan namun di dasarnya sudah membakar...
Ianya sewajarnya di ambil sebagai pengajaran apabila kita di beri tongkat seharusnya kita berusaha berjalan tanpa tongkat... Sudah terlalu lama kerajaan memberi tongkat namun kita sendiri yang tidak cuba untuk bertatih atau berjalan tanpa tongkat. Maksudnya kita kena menambah pendapatan melebihi perbelanjaan harian atau bulanan dan menabung yang mengatasi kadar Inflasi Tahunan.
Apa yang berlaku di Indonesia wajar di ambil iktibar... Oleh kerana terlalu inginkan Kuasa Politik .. Kerajaan memberi subsidi pada hampir semua barang keperluan harian... APABILA suatu ketika nanti bila DEFISIT negara sudah di tahap tidak mampu di tampung oleh Keluaran Kasar Negara mau tak mau siapa pun yg mengambil alih pucuk pimpinan akan terpaksa menarik subsisdi secara perlahan lahan untuk melegakan DEFISIT..
Rakyat yang tidak faham di tambah oleh pembangkang yang mengambil kesempatan akan cuba mengambil peluang mengata itu ini pada pemerintah..Apabila mereka mengambil tampuk pemerintahan..perkara sama juga terpaksa di lakukan waima DEFISIT yang memang sudah tidak mampu di tampung.. Alasan boleh di cipta dengan penggunaan Media Massa yang di kawal.
Sewajarnya pendidikan kewangan di ajar di awal persekolahan lagi.. Apabila rakyat sudah faham konsep ekonomi maka mudah menerima sebarang rancangan kerajaan untuk memulihkan ekonomi di samping rakyat sendiri berusaha mencari pendapatan melebihi perbelanjaan serta menabung mengatasi inflasi.
Ia umpama kita ingin keluar dari Perangkap Hutang ..maka kita harus pilih hutang mana yg paling mencengkam dari segi interest..biasanya Kad Kredit... Penasihat Kewangan akan menasihatkan agar di tamatkan sahaja penggunaan Kad Kredit..kemudian membuat loan peribadi yg rendah faedahnya buat membayar Kad kredit 18 - 24 % setahun menggunakan Pinjaman yg setinggi 6 % setahun..
Semua senarai perbelanjaan kena di teliti... Ikat perut..kurang bercuti yang memakan belanja serta menjual kereta yang masih ada value dan membeli yang murah ...Ia serupa dengan belanjawan negara..Kerajaan melihat SUBSIDI sebagai satu ketirisan kewangan Negara... Jika anda di pihak pemerintah pun jika di bentang data data kewangan oleh UPEN ( UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI/NEGARA ) pasti itu perkara pertama yang terlintas..untuk di kurangkan.
DEN yakin mereka sudah membuat sebaik mungkin dalam menentukan kadar Subsidi yang di tarik balik... Jika kerajaan membiarkan ianya seolah cantik dengan menambah subsidi agar di puji orang, suatu masa nanti Malaysia akan gagal melepasi tahun 2017 di mana kegagalan EKONOMI DUNIA kan berlaku.. Masa itu kita mula menyalahkan kerajaan kerana tidak bertindak awal membendung Mala Petaka Ekonomi yang sudah dijangka oleh pakar pakar ekonomi DUNIA..
Dalam rumah tangga IBU BAPA adalah Menteri Kewangan dan Perdana Menteri... Sewajarnya kita yang tahu badget untuk isi rumah..Suatu masa kita terpaksa juga menahan serta mengurangkan belanjawan keluarga walaupun anak anak merungut.. Namun terpaksa di lakukan sebelum ekonomi bertambah teruk.. Kita wajar melatih ahli keluarga berjimat dan cuba menambah pendapatan agar dapat keluar dari KEMELUT Kewangan yang akan datang. Ilmu Pendidikan Kewangan seharusnya di terap pada anak anak seawal boleh.
Tidak guna menyalahkan orang.. Apa yang penting ialah bagaimana mengatasi kemelut tersebut..Apa yang sudah terjadi tetap terjadi.. Ambil pengajaran dari tafsiran Nabi Allah Yusuf a.s terhadap mimpi Raja negeri Mesir..Menyimpan 7 tahun di masa Mewah untuk menghadapi 7 tahun di masa kemarau ekonomi..
Kita sudah terlalu lama di pecah perintah oleh sistem Demokrasi yang mana at least akan ada 2 puak..Pemerintah dan Pembangkang. Cukuplah kita terlaku lama politiking sehingga kita lupa Islam merangkumi semua aspek Politik.
Cuba kita berfikir di luar kotak. Yakni tiada Bedungan ideologi Politik.
Menyalahkan orang memang mudah..berlaku ketirisan yang amat sangat dari korupsi. Jika tiada korupsi pula di salahkan ketidak mahiran pegawai pelaksana projek dll...Pendekata kita hanya nampak yang buruk sahaja. Sebaiknya kita perbaiki diri dan ekonomi keluarga kita dahulu..Apabila setiap individu mantap ekonominya insyaallah tidak timbul harga naik di sebabkan di tarik subsidi.
Mahu tak mahu Kerajaan terpaksa juga meningkatkan infratruktur utnuk kemudahan jaringan perhubungan bagi menjemput pelabur luar. Ini semua memerlukan perbelanjaan MODAL. Ada yang di biayai melalui TOL yakni di swastakan ada juga yang kerajaan terpaksa menanggung sepenuhnya. Secara logiknya jika kerajaan ingin " Menyenangkan Rakyat " tak payah buat semua tu maka tak perlu di tarik subsidi..
Nampak cantik..lama lama pelabur tidak datang dan yang ada pun akan mula berpindah kepada negara lain yang menyediakan Prasaran terbaik buat iklim perniagaan yang sihat. Akhirnya negara lungkup. Rakyat menjadi penganggur.
Ia umpama dalam kesempitan..kita sanggup mengikat perut dan nafsu namun perbelanjaan anak untuk menuntut ilmu tetap kita utamakan.
Semuga Allah merahmati Kita di Malaysia.
Tok Belagak FB
apa punya artikel daa......org tanya pasal apa harga barang naik? bukan pasal sabsidi
ReplyDeletecantik ayat ni...."Ambil pengajaran dari tafsiran Nabi Allah Yusuf a.s terhadap mimpi Raja negeri Mesir..Menyimpan 7 tahun di masa Mewah untuk menghadapi 7 tahun di masa kemarau ekonomi.."
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHmm.bukan calang2 manusia yg menjadi penggubal perlembagaan negara..
ReplyDeleteIa memiliki maksud yg cukup cantik dan tersembunyi yang mana bakal akan menaikkan sistem khalifah satu ketika nanti. Satu kenyataan yang mungkin tidak kita jumpa atau temui dimana-mana.
..cuba kita masukkan klausa r perkara berikut kedalam perlembagaan negara.
"AL QURAN DAN SUNNAH ADALAH UNDANG-UNDANG UTAMA PERSEKUTUAN. MANA-MANA UNDANG-UNDANG YANG BERTENTANGAN DENGAN AL-QURAN DAN SUNNAH AKAN TERBATAL SETAKAT MANA PERTENTANGAN IA."
"PERKARA 1 ADALAH TIDAK DAPAT DICABAR SAMA SEKALI. SEBARANG PERTENTANGAN PADA PERKARA-PERKARA SELEPAS PERKARA 1 DAN 2 HENDAKLAH KEMBALI KEPADA PERKARA 1."
Total Muslim Nation "empire" -luar tajuk hehe..
"HUKUM" tidak dapat dilaksanakan ketika manusia masih dalam keadaan "Mabuk"
ReplyDeleteRasulullah mengambil masa selama 13thn bagi melenyapkan kemabukan ini supaya manusia kembali menjadi "Waras" lalu ditanam dgn iqtikad.
Hukum hnylah dibacakan (diwahyukan) ketika berada di Madinah. ayat-ayat Makkiyah tidak berunsur hukum sebaliknya Tauhid.
Di zaman Rasulullah lbh kurang 34 parti yg tumbuh dgn pelbagai ideologi
dan semua-nya konon-nya bertujuan menyatukan ummah termasuklah salah satunya adalah parti Muhammad yakni "Hilfil Fudhul" namun Allah menyatakan "SALAH"
Parti itu sendiri diambil dari suku kata inggeris yakni "PART" yg bermaksud bahagian atau pecahan-pecahan dan berpecah itu adalah kemusyrikan yg besar..
Apabila byk timbulnya parti,maka semakin byk perpecahan sedang di dalam suatu parti itu juga ada part-part(pecahan 2 atau perpecahan) disebabkan sokongan yg berbeza individu.
Jika dibawa kpd pemahaman islam,ia seolah membeza-bezakan diantara kitab-kitab dan Rasul-Rasul maka terjadilah perpecahan kepercayaan dan agama sampai ke hari ini..
Islam ditegakkan melalui "part-part" atau tiang agama pasti mustahil utk didirikan dgn perpecahan ummah-nya.
Ralat.
ReplyDeleteIslam tidak ditegakkan melalui part-part.(parti-parti) atau dgn kondisi yg berpecah-belah.
nice point
ReplyDeleteSesiapa yang mahu berkawan dengan Tuan ADDP seterusnya dapat berkongsi cerita DONGENG dengan beliau.Sila hantarkan email ke alamat email akudtgdrpantek@gmail.com sabagai tanda berminat untuk berkawan dengan sedekah berkawan RM 313.
ReplyDelete~sila sertakan :~
NAMA :
NO TEL :
NO AC BANK :
* Sedekah berkawan dibuat selepas cukup 1000 orang yang mahu berkawan dengan Tuan ADDP seterusnya dapat berkongsi cerita DONGENG dengan beliau.pekara itu akan dimaklumkan oleh Tuan ADDP melalui email.
GB17
~Roh Putih~
Wonderful article. Fascinating to read. I love to read such an excellent article. Thanks! It has made my task more and extra easy. Keep rocking. bantuan sara hidup rakyat
ReplyDelete