CHERITA Hyper Super "DONGENG BENAR" dari akudtgdrpantek @ ADDP : TAKHTA dan Kuasa Yang Dipertuan Agong ialah "SIMBOLIK" kepada Takhta dan Kuasanya KHALIFAH Umat Manusia Sejagat kali ini, yang menyembunyikan diri "NYA" itu di sebalik tabir Istana, Takhta dan Kuasa Yang Dipertuan Agong. Dan ianya di sini!!! Bilamano naiknya semula Kuasa dan Kemahsyuran Nama Yang Dipertuan Agong melalui Sistem Raja Raja MELAYU-nya, maka ianya adalah petunjuk kepada kebangkitan MELAYU dan Agama Islamnya itu di pentas Dunia bagi Memimpin Umat Manusia Sejagat yang berbilang bangsa dan agamanya untuk kali ini. Sudah tentulah ianya dipimpin oleh "KHALIFAH" tersebut yang selama ini dinanti nantikan oleh umat manusia sejagat, walaupun Beliau itu nanti hanya memimpin dari belakang tabir Kuasa dan Nama Yang Dipertuan Agong dan Sistem Raja Raja MELAYU-nya!
KUASA dan Nama Yang Dipertuan Agong memainkan peranan utama lagi penting di dalam kebangkitan dan kedaulatan MELAYU dan Agama Islamnya ke seluruh Dunia kali ini melalui "landasan landasan" [SISTEM] yang dibina oleh Grand Master @ KHALIFAH - New World Order (ii) di seluruh Dunia. Sudah tentunya landasan pertama yang dibina itu, sebelum landasan berikutnya dibina di tapak tapak strategik di setiap benua di muka bumi ini, adalah di sini. Di "MALAY"sia bumi yang "BER-TUAH" lagi KAYA RAYA ini!!! Walaupun pembinaan landasan landasan tersebut dibina oleh Grand Master (ii) @ KHALIFAH, namun begitu Beliau lebih senang memimpin dari belakang tabir Kuasa dan Nama Yang Dipertuan Agong sahaja. Malah nama dan diri Beliau sendiri tiada di dalam landasan landasan yang dibina itu tadi. Namun begitu Beliau berkuasa penuh ke atas ke semua landasan tersebut yang bertebaran di seluruh muka bumi ini. Itu merupakan kehendak Beliau sendiri yang tidak mahu diketahui dan dikenali oleh masyarakat Dunia. Kalau pun ada yang dikenali oleh Dunia, itu hanyalah "perwakilan" Beliau sahaja selama diberikan kuasa oleh Beliau. Mungkin kerana sifat Beliau yang lebih suka merendahkan diri dari meninggikan diri di depan Tuhannya di muka bumi ini atas sebab sifat "malu" Beliau kepada Tuhannya. Lebih lebih lagi di dalam menjalankan tugas yang DIAMANAHKAN ALLAH SWT kepada Beliau untuk memakmurkan dan memerdekakan JIWA umat manusia sejagat kali ini. Dunia nanti hanya dapat melihat perkembangan Kemahsyuran dan Kedaulatan MELAYU dan Agama Islamnya yang bergerak dan bertapak ke seluruh Benua Alam melalui saluran landasan landasan yang dibina oleh Grand Master (ii) @ KHALIFAH sahaja, yang mengguna pakai Kuasa dan Kedudukan Yang Dipertuan Agong.
LANDASAN landasan yang dimaksudkan itu merupakan landasan landasan yang berfungsi untuk membuat kerja kerja KEBAJIKAN untuk umat manusia sejagat. Dan dalam masa yang sama landasan landasan tadi berfungsi untuk mengembangkan Sistem Peradaban MELAYU kita melalui tapak tapak yang disediakan oleh sesebuah negara kepada Grand Master (ii) dengan tujuan untuk mengembangkan Peradaban MELAYU kita di negara mereka. Inilah caranya Bahasa MELAYU dan Peradaban MELAYU serta Agama Islamnya, dapat dikembangkan ke serata muka bumi ini nanti melalui Sistem Perekonomian yang dibina oleh Grand Master (ii). Sudah pastinya kelak yang mendapat nama dan kemahsyuran di mata Rakyat Jelata dan Dunia ialah Kerajaan yang diterajui oleh "ISTANA" dan bukan lagi kerajaan yang diterajui oleh manusia manusia yang digelarkan sebagai orang politik selama ini, yang tiada berkehendak dengan jujur lagi telus untuk membuat kerja kerja kebaikan dan kebajikan untuk umat manusia kebanyakan, merentas agama dan budayanya. Sekian dari akudtgdrpantek @ ADDP dan tak lupo...heheee