CHERITA Hyper Super "BENAR dongeng...BENAR" dari akudtgdrpantek @ ADDP : KALAU diperhatikan susunan kata kata dari "Tajuk???" di atas, ianya seolah olah
memberi "1 RUANG dan PELUANG KE-EMAS-AN "
kepada Bani Tamim khususnya dan kepada sekelian Umat Manusia Sejagat
amnya yang punya kemahuan dan "kesungguhan" jitu mahu berjuang untuk
bersama sama menegakkan yang
BENAR
[HAQ] lagi BAIK demi kerana ALLAH dan ROSULNYA semata mata, di bawah
PAYUNG "NAUNGAN" KHALIFAH AKHIR ZAMAN, New World Order (ii). Namun begitu, terlebih dahulu perlulah seseorang Manusia itu berjuang
"Ke Dalam Dirinya Sendiri" dengan mengikut acuan yang telah ditunjukkan oleh
Rosulullah SAW di dalam Naskah Al Quran dan Hadisnya. Sesungguhnya
KHALIFAH (ii) itu menyukai Manusia yang berjiwa sepertimana yang dikehendaki oleh
Rosulullah SAW. Jiwa yang dimaksudkan itu adalah sepertimana yang dikhabarkan di dalam sebuah Hadis yakni tentang suatu
Perkhabaran Gembira yang disampaikan oleh
Rosul Allah SAW kepada Bani Tamim dan sebahagian penduduk Yaman suatu ketika dahulu. Namun ketika itu yang
menyambut "Perkhabaran Gembira" tersebut adalah penduduk Yaman dan bukannya Bani Tamim, walaupun Perkhabaran Gembira tersebut pada mulanya diberikan oleh
Rosul Allah SAW
kepada Bani Tamim. Di bawah ini disertakan sebuah Hadis yang
menceritakan perjalanan Riwayat tersebut, serta diikuti oleh potongan
ayat ayat Al Quran yang MENJELASKAN apakah dia "Perkhabaran Gembira"
yang dimaksudkan oleh
Baginda Rosulullah SAW di dalam Hadis tersebut :-
[Hadis Riwayat : Bukhari, Sahih Bukhari, Juz 4, No Hadis 7418, 1400 Hijrah : 387-388, Rujukan Hadis] :- "Dari
Imran bin Hussain R.A. berkata : Ketika aku berada di sisi Nabi SAW,
tiba tiba ada sekelompok kaum dari Bani Tamim mendatangi baginda, lalu
baginda bersabda : Terimalah "Berita Gembira", wahai Bani Tamim. Mereka
menjawab : Engkau telah memberi Khabar Gembira, maka berilah kami
sesuatu. Kemudian beberapa orang penduduk Yaman datang lalu baginda
bersabda : Terimalah Khabar Gembira wahai penduduk Yaman. Sebab Bani
Tamim tidak menerimanya. Mereka menjawab, kami menerimanya dan kami
datang untuk belajar Agama dan bertanya kepadamu, Awal Awal Kejadian
Alam ini. Lalu Baginda bersabda : Allah telah ada dan tidak ada sesuatu
pun sebelumNYA. ArashNYA berada di atas air, kemudian Allah menciptakan
langit dan bumi dan Allah menetapkan segala sesuatu dalam Luh Mahfuz
[Alam Cahaya]."
Yang Di Pertuan Agung Yang Pertama
Bendera Yang Di Pertuan Agung
Bendera MALAYsia
BERIKUT ialah potongan ayat ayat Al Quran yang "
menjelaskan" maksud
"Berita Gembira" yang disampaikan oleh
Rosulullah SAW kepada Bani Tamim dan sejumlah penduduk Yaman di dalam Riwayat Hadis tersebut di atas.
BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM. Segala puji bagi
ALLAH, Tuhan semesta alam. Ya
ALLAH, limpahkan kesejahteraan dan kedamaian kepada junjungan kami
Nabi Muhammad SAW yang membawa dan yang menyampaikan
Khabar Gembira kepada kaum Mukminin sebagaimana firman
ALLAH swt di bawah ini :-
1- Berita Gembira : Berilah khabar gembira kepada
orang orang yang Ber-Iman [Mukmin] :-
Surah Al Baqarah : 223 - Beri khabar gembira bagi orang orang yang ber-Iman [Mukmin].
Surah Ali 'Imran : 171 - Bahawa Allah tidak mengabaikan "pahala" orang orang ber-Iman.
2- Berita Gembira : Kepada
orang orang yang Ber-Zikir [Ber-Ingat] :-
Surah Al Baqarah : 152 - Ingatlah AKU maka AKU ingat akan kalian.
Surah
Al Ahzab : 41-44 - Ingatlah Allah dengan zikir yang banyak dan
sucikanlah Dia di pagi dan petang hari. Dialah yang memberikan rahmat
kepada kalian, demikian pula kepada para MalaikatNYA memohonkan rahmat
bagi kalian, untuk mengeluarkan kalian dari kegelapan menuju CAHAYA, dan
Dia amat sayang kepada kaum beriman. Penghormatan mereka di saat
bertemu denganNYA adalah salam. Dan Dia menyediakan bagi mereka pahala
yang baik.
3- Berita Gembira : Kepada
orang orang yang Ber-Amal :-
Surah Ali Imran : 195 - Aku tidak mengabaikan amal setiap orang yang beramal, baik laki laki mahupun wanita.
Surah
Mukmin : 40 - Dan barangsiapa melakukan amal soleh, baik laki laki atau
pun wanita, dan ia seorang yang beriman, maka orang itu akan memasuki
syurga, dan di sana mereka akan diberi rezeki tanpa batas.
4- Berita Gembira : Kepada
mereka yang kembali kepada Tuhannya :-
Surah Al-Israk : 25 - Sesungguhnya Dia selalu mengampuni orang orang yang mahu kembali kepadaNYA.
Surah
Az-Zumar : 34 - Mereka akan memperolehi apa yang mereka inginkan di
sisi Tuhan mereka, dan itulah balasan bagi orang orang yang berbuat
kebaikan.
5- Berita Gembira : Kepada
orang orang yang Ber-Taubat :-
Surah Al-Baqarah : 222 - Sesungguhnya Allah mencintai orang orang yang bertaubat dan membersihkan dirinya.
Surah As-Syura : 25 - Dialah yang menerima taubat dari hamba hambaNYA dan memaafkan keburukan keburukan.
6- Berita Gembira : Kepada
orang orang yang Ikhlas :-
Surah
Al-Kahfi : 110 - Barangsiapa berharap bertemu dengan Tuhannya,
hendaklah ia melakukan amal soleh dan tidak menyekutukan Tuhannya dengan
sesuatu pun dalam beribadat kepadaNYA.
Surah Al-'Araf : 29 - Ikhlas mempersembahkan agama hanya kepadaNYA.
7- Berita Gembira : Kepada
orang orang yang melakukan Solat :-
Surah Ankabut : 45 - Dan dirikanlah solat, kerana sesungguhnya solat membantu mencegah perbuatan keji dan tercela.
Surah
Lokman : 17 - Wahai anak ku, dirikanlah solat, anjurkanlah yang baik,
cegahlah perbuatan tercela, dan bersabarlah atas apa yang menimpa mu.
Sesungguhnya hal itu termasuk kewajipan yang pasti.
8- Berita Gembira : Kepada
orang orang yang Kusyuk :-
Surah
Al Baqarah : 45-46 - Mohonlah pertolongan dengan kesabaran dan solat,
meski hal itu dirasa amat berat kecuali bagi orang orang yang kusyuk.
Iaitu orang orang yang yakin bahawa mereka akan bertemu dengan Tuhannya
dan bahawa kepadaNYA mereka akan kembali.
Surah Ali Imran : 191 -
Iaitu mereka yang selalu mengingat Allah, baik dalam keadaan duduk,
berdiri, atau berbaring, dan mereka merenungkan penciptaan langit dan
bumi seraya berkata : Tuhan kami, tidaklah engkau ciptakan semua ini sia
sia. Maha suci engkau maka hindarkanlah kami dari seksa neraka.
9- Berita Gembira : Kepada
orang orang yang Sabar [Dalam ketaatan] :-
Surah Az Zumar : 10 - Sesungguhnya orang orang yang sabar akan dipenuhi pahalanya tanpa perhitungan.
Surah
Az Zumar : 18 - Mereka itulah orang orang yang diberi petunjuk oleh
Allah, dan mereka itulah yang memiliki akal yang jernih.
10- Berita Gembira : Kepada
orang orang yang Takut [Kepada Allah]:-
Surah Ar Rahman : 46 - Dan bagi orang orang yang takut di hadapan Tuhannya ada dua syurga.
Surah
An Naziat : 40-41 - Ada pun orang orang yang takut menghadap Tuhannya
dan menahan dirinya dari mengikuti hawa nafsu maka sesungguhnya
syurgalah tempat kembalinya.
11- Berita Gembira : Kepada
orang orang yang Ber-Takwa :-
Surah
Al 'Araf : 156-157 - Dan rahmatKU meliputi segala sesuatu, maka akan Ku
tetapkan ia bagi mereka yang bertakwa, menunaikan zakat, dan beriman
kepada ayat ayat Ku iaitu mereka yang mengikuti Rosul, Nabi yang umi.
Surah
As Saba' : 37 - Bagi mereka pahala dua kali lipat atas apa yang mereka
kerjakan dan mereka akan merasa aman di tempat yang Agung.
12- Berita Gembira : Kepada
orang orang yang hatinya bergetar ketika disebut nama Allah :-
Surah Al Haj : 34-35 - Iaitu mereka yang hatinya bergetar ketika Allah disebut.
Surah
Mukminun : 60 - Dan mereka yang memberikan apa apa yang mereka berikan
dengan hati yang penuh dengan rasa takut kerana mereka akan kembali
kepada Tuhannya.
13- Berita Gembira : Kepada
orang orang yang Sabar [Di dalam menghadapi musibah] :-
Surah
Al Baqarah : 155-157 - Berilah khabar gembira kepada orang orang yang
sabar iaitu orang orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata
sesungguhnya kami ini milik Allah dan sesungguhnya kepada Allah lah kami
akan kembali. Mereka itulah yang diberi kesejahteraan dan rahmat dari
Tuhannya dan mereka itulah orang orang yang mendapat petunjuk.
Surah
Al Mukminun : 111 - Aku memberi balasan baik bagi mereka pada hari ini
atas kesabaran mereka, sehingga mereka menjadi orang orang yang
beruntung.
14- Berita Gembira : Kepada
orang orang yang menahan amarahnya :-
Surah
Al Imran : 134 - Mereka yang menahan amarahnya dan memaafkan orang
lain. Dan Allah mencintai orang orang yang membuat kebaikan.
Surah
As Syura : 49 - Maka barang siapa memaafkan dan memperbaikinya, maka
pahalanya ada di tangan Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang
orang yang berbuat kezaliman.
15- Berita Gembira : Kepada
orang orang yang aktif di dalam Kebaikan :-
Surah Al Baqarah : 195 - Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah mencintai orang orang yang aktif dalam kebaikan.
Surah
An'am : 160 - Barang siapa melakukan kebaikan, baginya balasan 10 kali
seperti itu, dan barang siapa melakukan keburukan, maka baginya balasan
yang setimpal dengannya, dan mereka semua tidak akan dizalimi.
16- Berita Gembira : Kepada
orang orang yang Ber-Sedekah :-
Surah Al Baqarah : 280 - Dan jika kalian menyedekahkannya, maka itu baik bagi kalian jika kalian mengetahui.
Surah Yusuf : 88 - Sesungguhnya Allah akan memberi pahala kepada orang orang yang bersedekah.
17- Berita Gembira : Kepada
orang orang yang Menafkahkan Hartanya :-
Surah Al Baqarah : 3 - Dan mereka menafkahkan sebahagian dari apa yang kami anugerahkan kepada mereka.
Surah As Saba' : 39 - Dan apa pun yang kalian nafkahkan, maka Dia akan memberi gantinya.
18- Berita Gembira : Kepada
orang orang yang Ber-Syukur :-
Surah An Nahl : 114 - Syukurilah nikmat Allah jika hanya kepadaNya kalian menyembah.
Surah
Ibrahim : 7 - Jika kalian bersyukur, sungguh Aku akan memberikan lebih
kepada kalian, namun jika kalian mengingkarinya, sungguh azab Ku amat
pedih.
19- Berita Gembira : Kepada
orang orang yang meminta kepada Allah :-
Surah Al Baqarah : 186 - Sesungguhnya Aku dekat; Aku menjawab permohonan orang orang yang bermohon jika ia memohon kepada Ku.
Surah Al Mukmin : 60 - Serulah Aku, pasti Ku menjawab seruan mu.
20- Berita Gembira : Kepada
orang orang yang Soleh :-
Surah Al Ambia' : 105 - Bahawa bumi akan diwarisi oleh hamba hambaKu yang soleh.
Surah Al Mukminun : 10-11 - Merekalah orang orang yang mewarisi; yaitu mewarisi syurga firdaus. Meraka kekal di dalamnya.
21- Berita Gembira : Kepada
orang orang yang aktif berbuat Baik :-
Surah
Al Ahzab : 56 - Sesungguhnya Allah dan para MalaikatNya berselawat
kepada Nabi. Wahai orang orang yang beriman, berselawatlah bagiNya dan
berilah salam kepadaNya dengan penuh penghormatan.
Surah Al Hadid
: 28 - Dia akan memberi kepada mu 2 bahagian dari rahmatNya dan memberi
kepada mu Cahaya penerang yang denganNya engkau berjalan, dan Dia akan
mengampun mu. Dan Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
22- Berita Gembira : Kepada
orang orang yang diberi Khabar Gembira :-
Surah
Yunus : 64 - Bagi mereka khabar gembira di dalam kehidupan dunia ini
dan akhirat kelak tidak ada perubahan bagi kalimat Allah. Itulah
keberuntungan yang besar.
23- Berita Gembira : Kepada
orang orang yang beroleh kemenangan :-
Surah Al Ahzab : 71 - Barangsiapa taat kepada Allah dan RosulNya, maka sungguh ia telah memperoleh kemenangan yang besar.
24- Berita Gembira : Kepada
orang orang yang Zuhud :-
Surah
Al Kahfi : 46 - Harta dan anak anak adalah hiasan kehidupan dunia.
Namun amal baik yang abadi adalah lebih baik di sisi Tuhanmu dalam hal
pahalanya dan lebih baik untuk diharapkan.
25- Berita Gembira : Kepada
orang orang yang umi [AKU tak tahu!!!!] :-
Surah
Al Imran : 110 - Kalian adalah sebaik baik umat yang dikeluarkan untuk
manusia, kalian memerintahkan yang baik dan mencegah yang mungkar.
26- Berita Gembira : Kepada
orang orang yang terpilih :-
Surah
Al Fathir : 32 - Wariskan Kitab itu kepada orang orang terpilih dari
hamba hamba Kami. Di antara mereka ada yang menzalimi dirinya sendiri,
di antara mereka ada yang sedang sedang sahaja, dan di antara mereka ada
yang terdepan dalam melakukan kebaikan dengan izin Allah. Itulah
keutamaan yang besar.
27- Berita Gembira : Kepada
orang orang yang Ber-Dosa :-
Surah
Az Zumar : 53 - Wahai hamba hambaKu yang telah melanggar batas batas
dirinya, jangan kalian berputus asa terhadap rahmat Allah. Sesungguhnya
Allah mengampuni semua dosa, sesungguhnya ia maha pengampun lagi maha
penyayang.
28- Berita Gembira : Kepada
orang orang yang Ber-Istighfar [Mohon keampunan] :-
Surah
An Nisa' : 110 - Barangsiapa melakukan keburukan atau menzalimi dirinya
sendiri, lalu ia memohon ampun kepada Allah, maka ia akan mendapati
Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
29- Berita Gembira : Kepada
orang orang yang didekatkan kepada Allah :-
Surah
Al Ambia' : 101-103 - Sesungguhnya orang orang yang lebih dulu
memperoleh kebaikan dari Kami, mereka itu dijauhkan dari neraka. Mereka
tidak mendengar sedikit pun suara api neraka, dan mereka kekal dalam
menikmati apa yang mereka inginkan. Mereka tidak disusahkan oleh
kedahsyatan yang besar [pada hari kiamat], dan mereka disambut oleh para
malaikat : Inilah hari mu yang telah dijanjikan kepada mu.
30- Berita Gembira : Kepada
orang orang yang berserah diri kepada Allah :-
Surah
Al Ahzab : 35 - Sesungguhnya laki laki dan wanita yang berserah diri,
laki laki dan wanita yang beriman, laki laki dan wanita yang taat, laki
laki dan wanita yang jujur, laki laki dan wanita yang sabar, laki laki
dan wanita yang bersedekah, laki laki dan wanita yang berpuasa, laki
laki dan wanita yang menjaga kemaluannya, laki laki dan wanita yang
banyak mengingat Allah, maka Kami sediakan bagi mereka ampunan dan
pahala [Anugerah] yang besar.
Surah An Najam : 39-41 - Dan
bahawa seseorang hanya akan memperoleh apa yang diusahakannya. Dan
bahawa usahanya itu akan dilihat, lalu akan diberi balasan dengan
balasan yang setimpal.
31- Berita Gembira : Kepada
orang orang yang menjadi dadanya lapang :-
Surah
Yunus : 10 - Maha suci Engkau, ya Allah. Penghormatan mereka di sana
adalah salam. Dan akhir ucapan mereka adalah sesungguh puji bagi Allah
Tuhan semesta alam.
Sekian dari akudtgdrpantek @ ADDP dan tak lupo...AKU TAK TAHU...LAAA!!!!...heheee