SEMUA cherita akudtgdrpantek @ ADDP di dalam blog ini adalah "DONGENG" semata mata dan hanyalah sebagai “MADAH SELOKA PERIBADI” beliau yang tidak menuntut kepercayaan sesiapo dan apo apo, serta tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati!…Dimaklumkan…heheee
CHERITA Hyper Super "DONGENG" dari akudtgdrpantek @ ADDP : SESUNGGUHNYA Keturunan Raja Adam [Manusia] yang mendapat makam Rosul ALLAH [Muhammad] sahaja kemungkinan besarnya yang dinamakan sebagai "Pewaris ROSUL". Di kalangan Pewaris Rosul ini pula, kemungkinan di antara mereka adalah Sahabat kepada Ketua Jemaah Pewaris Rosul Se Dunia yaitu Grand Master (ii) sekarang ini. Dahulu yang menjadi Sahabat Karib serta Pembantu kepada Nabi Muhammad di dalam urusan mentadbir muka bumi bagi melaksanakan kerja Kebajikan ALLAH di seluruh dunia ialah Abu Bakar, Umar, Osman dan Ali. Mereka inilah yang digelarkan sebagai sahabat 4 kepada Raja Muhammad dahulu. Urusan mentadbir dunia itu kini diteruskan pula oleh Grand Master (ii) bersama para sahabat karib beliau sekarang ini. Individu yang menjadi Sahabat Karib serta Pembantu kepada Grand Master (ii) sekarang ini, kemungkinan besarnya terdiri daripada individu yang sedang bersama beliau di dalam urusan kerja memperkemaskan hal ehwal yang bersangkutan dengan Aset dan Kewangan di dalam Sistem Kumpulan Bank Dunia sekarang ini. Adakah di antara individu yang dimaksudkan itu ialah Antonio Santiago Martin tersebut? Kerja Kebajikan ALLAH untuk sekelian umat manusia di muka bumi ini pernah dilakukan oleh setiap Rosul ALLAH pada setiap Zaman. Kebiasaannya para Pembantu Rosul pada setiap zaman itu jumlah mereka hanyalah 4 orang sahaja. Jumlah mereka yang sedikit ini melambangkan kekuatan iman dan takwa mereka berbanding jumlah mereka yang ramai. Semakin ramainya jumlah para Pembantu seseorang Rosul itu melambangkan semakin lemahnya iman dan takwa umat manusia pada zaman tersebut. Untuk Grand Master ("i.i" - "i"ntergrated "i"slamik) sekarang ini, jumlah para Pembantu beliau agak lebih sedikit kalau dibandingkan dengan jumlah 4 orang Pembantu Rosul pada setiap zaman sebelum ini. Jumlah para Pembantu Grand Master (ii) yang melebihi 4 orang itu menunjukkan sedikit kelemahan iman dan takwa para pembantu beliau untuk zaman ini. Mungkin kalau dilihat sekarang ini di seluruh dunia jumlah para pembantu Grand Master (ii) adalah seramai -+70 orang sahaja. Mereka yang sedikit jumlahnya ini dinamakan sebagai Ahad Bait. Mengikut DONGENGAN kata Grand Master (ii) selaku "PEMILIK" kepada Akaun Harta White Spiritual Boy, Akaun Harta Raja Raja MELAYU [Empayer MELAYU Champa] dan Akaun Harta Di Raja Bugis tersebut, jumlah Ahad Bait yang seramai 70 orang itu tadi akan dikurangkannya menjadi 7 orang sahaja untuk bersama sama beliau mentadbir muka bumi ini bagi melaksanakan urusan kerja Kebajikan ALLAH untuk sekelian umat manusia di muka bumi sekarang ini.
SELAIN daripada golongan Ahad Bait ini, terdapat satu lagi golongan manusia yang digelarkan sebagai Ulul Bait. Jumlah mereka ini adalah seramai 70,000 orang sahaja di seluruh dunia. Kalau dibandingkan jumlah Ulul Bait ini dengan jumlah keseluruhan umat manusia di muka bumi sekarang ini yang seramai 7 billion, maka amat jelas sekali perbezaan jumlahnya itu bukan? Golongan Ulul Bait ini penyerahannya kepada ALLAH tidak sekuat golongan Ahad Bait. Yang membezakan golongan Ulul Bait dengan golongan Ahad Bait ialah kekuatan penyerahan mereka kepada ALLAH. Golongan Ulul Bait ini penyerahan mereka kepada ALLAH masih lagi terikat dengan fikiran dan perasaan duniawinya. Kemungkinan mereka ini belum mampu untuk memandang kepada perasaannya sendiri. Tidak seperti golongan Ahad Bait di mana penyerahan mereka kepada ALLAH sudah tidak lagi terikat dengan fikiran dan perasaan duniawinya. Malah golongan Ahad Bait ini mampu memandang kepada perasaannya sendiri. Sesungguhnya golongan Ahad Bait itu sudah semestinya golongan Ulul Bait. Manakala golongan Ulul Bait itu pula tidak semestinya golongan Ahad Bait yang amat sedikit itu. Namun ke dua dua golongan ini punya persamaan yaitu ilmu dan amalan mereka sudah bersih daripada menyekutukan ALLAH yang maha ESA kerana JIWA ke dua dua golongan ini sudah "tersedar" dari lamunan mimpi yang panjang sebelumnya.
SELAIN daripada golongan Ahad Bait dan Ulul Bait tersebut, terdapat satu lagi golongan manusia yang dinamakan sebagai Ahli Bait. Jumlah golongan ini jauh lebih ramai berbanding dengan jumlah Ulul Bait yang seramai -+70,000 orang itu tadi. Golongan ini dikatakan sebagai Ahli Bait hanya kerana memiliki genetik darah keturunan Nabi Muhammad sahaja. Sedangkan kebanyakan mereka dari golongan Ahli Bait jenis ini, amalan zahir dan bathin mereka penuh dengan segala macam maksiat lagi tersiat yang menyekutukan ALLAH swt RABB yang maha ESA! Walau bagaimanapun ada di antara golongan Ahli Bait ini yang termasuk di dalam golongan Ahad Bait dan Ulul Bait itu tadi. Hakikatnya yang boleh dinamakan sebagai golongan Ahli Bait itu ialah mereka yang terdiri daripada golongan Ahad Bait dan Ulul Bait itu sahaja! Kedua golongan Ahad Bait dan Ulul Bait inilah yang bakal menerima "amanah" harta warisan Rosul ALLAH yang ditinggalkan oleh sekelian Rosul ALLAH sebagai "Penguasa" muka bumi sebelum ini, yang dikenali dunia sebagai Akaun Aset White Spiritual Boy tersebut! Harta warisan Rosul ALLAH itu dikenali juga sebagai Harta Nabi/RAJA Sulaiman dan Harta Nabi/RAJA Muhammad. Grand Master (ii) selaku Ketua Jemaah Pewaris Rosul se dunia, juga selaku Pemilik [Owner] Akaun Aset White Spiritual Boy sekarang ini, akan menyerahkan "amanah" tersebut kepada sekelian Para Pewaris Rosul yang terpilih di antara mereka yakni dari golongan Ahad Bait dan Ulul Bait yang seramai 70,000 orang itu tadi. Amanah itu akan diserahkan selepas selesainya Majlis Pertabalan RAJA Sulu dan Pengishtiharan Arahan Dunia Baru (ii) itu nanti. Ke dua dua peristiwa besar yang bakal menggemparkan "Sistem Kewangan Dunia" itu nanti, akan berlangsung serentak selama 7 hari 7 malam berturut turut di bumi Sulu. Namun Majlis Pengishtiharan Arahan Dunia Baru ("i.i" - "i"ntergrated "i"slamik) itu nanti hanya akan dilangsungkan selepas selesainya Majlis Pertabalan RAJA Sulu itu dibuat. Apabila selesainya Majlis Pertabalan RAJA Sulu dan Majlis Pengishtiharan Arahan Dunia Baru (ii) itu dibuat, satu Majlis Angkat Sumpah kerana ALLAH dan Rosul [Aku Janji/Baiah/Undertaking] yang berkaitan dengan penyerahan AMANAH Akaun Harta White Spiritual Boy kepada golongan Ahad Bait dan Ulul Bait yang terpilih di antara mereka, akan dilangsungkan di suatu tempat yang hanya akan diketahui oleh setiap diri yang bakal berbaiah itu nanti sahaja. Mereka akan dimaklumkan oleh Perwakilan yang dilantik oleh Grand Master (ii) selaku Ketua Jemaah Pewaris Rosul "Se Dunia" itu.
SEKIRANYA selesai dengan jayanya semua urusan kerja yang telah dibuat selama 22 tahun itu di mana tahun "TERAKHIRNYA" adalah tahun ini, mengikut sepertimana yang telah dirancangkan dan diarahkan melaksanakannya oleh Grand Master (ii) kepada setiap "Perwakilannya" di seluruh dunia, maka besar kemungkinannya "akaun akaun" tertentu di dalam Sistem Bank Dunia dapat "diaktifkan" di dalam tempoh waktu yang terdekat ini adalah cerah. Manalah tahu kemungkinan besarnya dalam tahun ini atau selewat lewatnya tahun depan, kan?
Kata laluan akudtgdrpantek@ADDP untuk Penabalan Raja Sulu : BILA LANCANG KUNING BERLABUH DI SULU, BERAJALAH SULU...