Kata Pedoman

"Tidak ku pandang rupa parasnya, tapi perangainya. Tidak pula ku pandang siapa yang berkata, tapi kata-katanya"

Lambang ADDP

Damarsutra _ Sesat Dalam Rindu

MAKLUMAN

Semua tulisan aku di dalam blog ini, hanyalah sebagai pendapat peribadi aku sahaja dan tidak menuntut kepercayaan sesiapa dan apa-apa. Dimaklumkan. Hee hee....
MAKLUMAN akudtgdrpantek @ ADDP :

SESIAPA yang "rela hati dan suka hati" mahu bersahabat dengan ADDP di dalam Lancang Kuning ADDP, sila berhubung terus dengan ADDP di alamat Email : akunakbalikcepat@gmail.com - Sila sertakan no telefon, nama penuh dan alamat. Serta berikan maksud dan tujuan, mengapa Anda mahu menjadi Sahabat ADDP? Hanya yang benar benar "berkelayakan" kerana ALLAH dan RosulNYA sahaja yang akan diterima sebagai Sahabat ADDP. Fasa pertama ini dibuka hanya kepada +- 300 orang sahaja. Sesiapa yang berminat disyaratkan mengikut Adat dan Adab di dalam Lancang Kuning ADDP iaitu segala agenda "kepentingan peribadi duniawi" Anda TIDAK BOLEH diletakkan sebagai keutamaan diri. Dimaklumkan. Sekian dan tak lupo...heheee

Wednesday 25 June 2014

Perihal : [Master of] Grand Master (ii), Arahan Dunia Baru (ii) : MENGHAMPIRI HARI PERTABALAN PEWARIS RAJA [KERAJAAN] S.. YANG BAKAL MENGGEMPARKAN DUNIA DAN BAKAL MENGUBAH WAJAH KERAJAAN DUNIA SELEPAS "HILANG" RATUSAN TAHUN DARI LIPATAN SEJARAH DUNIA SERTA KAITANNYA DENGAN GRAND MASTER (ii) DAN ASET WHITE SPIRITUAL BOY!!! - Bahagian 3


SEMUA cherita akudtgdrpantek @ ADDP di dalam blog ini adalah "DONGENG" semata mata dan hanyalah sebagai “MADAH SELOKA PERIBADI” beliau yang tidak menuntut kepercayaan sesiapo dan apo apo, serta tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati!…Dimaklumkan…heheee


CHERITA Hyper Super "DONGENG" dari akudtgdrpantek @ ADDP : SESUNGGUHNYA Keturunan Raja Adam [Manusia] yang mendapat makam Rosul ALLAH [Muhammad] sahaja kemungkinan besarnya yang dinamakan sebagai "Pewaris ROSUL". Di kalangan Pewaris Rosul ini pula, kemungkinan di antara mereka adalah Sahabat kepada Ketua Jemaah Pewaris Rosul Se Dunia yaitu Grand Master (ii) sekarang ini. Dahulu yang menjadi Sahabat Karib serta Pembantu kepada Nabi Muhammad di dalam urusan mentadbir muka bumi bagi melaksanakan kerja Kebajikan ALLAH di seluruh dunia ialah Abu Bakar, Umar, Osman dan Ali. Mereka inilah yang digelarkan sebagai sahabat 4 kepada Raja Muhammad dahulu. Urusan mentadbir dunia itu kini diteruskan pula oleh Grand Master (ii) bersama para sahabat karib beliau sekarang ini. Individu yang menjadi Sahabat Karib serta Pembantu kepada Grand Master (ii) sekarang ini, kemungkinan besarnya terdiri daripada individu yang sedang bersama beliau di dalam urusan kerja memperkemaskan hal ehwal yang bersangkutan dengan Aset dan Kewangan di dalam Sistem Kumpulan Bank Dunia sekarang ini. Adakah di antara individu yang dimaksudkan itu ialah Antonio Santiago Martin tersebut? Kerja Kebajikan ALLAH untuk sekelian umat manusia di muka bumi ini pernah dilakukan oleh setiap Rosul ALLAH pada setiap Zaman. Kebiasaannya para Pembantu Rosul pada setiap zaman itu jumlah mereka hanyalah 4 orang sahaja. Jumlah mereka yang sedikit ini melambangkan kekuatan iman dan takwa mereka berbanding jumlah mereka yang ramai. Semakin ramainya jumlah para Pembantu seseorang Rosul itu melambangkan semakin lemahnya iman dan takwa umat manusia pada zaman tersebut. Untuk Grand Master ("i.i" - "i"ntergrated "i"slamik) sekarang ini, jumlah para Pembantu beliau agak lebih sedikit kalau dibandingkan dengan jumlah 4 orang Pembantu Rosul pada setiap zaman sebelum ini. Jumlah para Pembantu Grand Master (ii) yang melebihi 4 orang itu menunjukkan sedikit kelemahan iman dan takwa para pembantu beliau untuk zaman ini. Mungkin kalau dilihat sekarang ini di seluruh dunia jumlah para pembantu Grand Master (ii) adalah seramai -+70 orang sahaja. Mereka yang sedikit jumlahnya ini dinamakan sebagai Ahad Bait. Mengikut DONGENGAN kata Grand Master (ii) selaku "PEMILIK" kepada Akaun Harta White Spiritual Boy, Akaun Harta Raja Raja MELAYU [Empayer MELAYU Champa] dan Akaun Harta Di Raja Bugis tersebut, jumlah Ahad Bait yang seramai 70 orang itu tadi akan dikurangkannya menjadi 7 orang sahaja untuk bersama sama beliau mentadbir muka bumi ini bagi melaksanakan urusan kerja Kebajikan ALLAH untuk sekelian umat manusia di muka bumi sekarang ini.

SELAIN daripada golongan Ahad Bait ini, terdapat satu lagi golongan manusia yang digelarkan sebagai Ulul Bait. Jumlah mereka ini adalah seramai 70,000 orang sahaja di seluruh dunia. Kalau dibandingkan jumlah Ulul Bait ini dengan jumlah keseluruhan umat manusia di muka bumi sekarang ini yang seramai 7 billion, maka amat jelas sekali perbezaan jumlahnya itu bukan? Golongan Ulul Bait ini penyerahannya kepada ALLAH tidak sekuat golongan Ahad Bait. Yang membezakan golongan Ulul Bait dengan golongan Ahad Bait ialah kekuatan penyerahan mereka kepada ALLAH. Golongan Ulul Bait ini penyerahan mereka kepada ALLAH masih lagi terikat dengan fikiran dan perasaan duniawinya. Kemungkinan mereka ini belum mampu untuk memandang kepada perasaannya sendiri. Tidak seperti golongan Ahad Bait di mana penyerahan mereka kepada ALLAH sudah tidak lagi terikat dengan fikiran dan perasaan duniawinya. Malah golongan Ahad Bait ini mampu memandang kepada perasaannya sendiri. Sesungguhnya golongan Ahad Bait itu sudah semestinya golongan Ulul Bait. Manakala golongan Ulul Bait itu pula tidak semestinya golongan Ahad Bait yang amat sedikit itu. Namun ke dua dua golongan ini punya persamaan yaitu ilmu dan amalan mereka sudah bersih daripada menyekutukan ALLAH yang maha ESA kerana JIWA ke dua dua golongan ini sudah "tersedar" dari lamunan mimpi yang panjang sebelumnya.

SELAIN daripada golongan Ahad Bait dan Ulul Bait tersebut, terdapat satu lagi golongan manusia yang dinamakan sebagai Ahli Bait. Jumlah golongan ini jauh lebih ramai berbanding dengan jumlah Ulul Bait yang seramai -+70,000 orang itu tadi. Golongan ini dikatakan sebagai Ahli Bait hanya kerana memiliki genetik darah keturunan Nabi Muhammad sahaja. Sedangkan kebanyakan mereka dari golongan Ahli Bait jenis ini, amalan zahir dan bathin mereka penuh dengan segala macam maksiat lagi tersiat yang menyekutukan ALLAH swt RABB yang maha ESA! Walau bagaimanapun ada di antara golongan Ahli Bait ini yang termasuk di dalam golongan Ahad Bait dan Ulul Bait itu tadi. Hakikatnya yang boleh dinamakan sebagai golongan Ahli Bait itu ialah mereka yang terdiri daripada golongan Ahad Bait dan Ulul Bait itu sahaja! Kedua golongan Ahad Bait dan Ulul Bait inilah yang bakal menerima "amanah" harta warisan Rosul ALLAH yang ditinggalkan oleh sekelian Rosul ALLAH sebagai "Penguasa" muka bumi sebelum ini, yang dikenali dunia sebagai Akaun Aset White Spiritual Boy tersebut! Harta warisan Rosul ALLAH itu dikenali juga sebagai Harta Nabi/RAJA Sulaiman dan Harta Nabi/RAJA Muhammad. Grand Master (ii) selaku Ketua Jemaah Pewaris Rosul se dunia, juga selaku Pemilik [Owner] Akaun Aset White Spiritual Boy sekarang ini, akan menyerahkan "amanah" tersebut kepada sekelian Para Pewaris Rosul yang terpilih di antara mereka yakni dari golongan Ahad Bait dan Ulul Bait yang seramai 70,000 orang itu tadi. Amanah itu akan diserahkan selepas selesainya Majlis Pertabalan RAJA Sulu dan Pengishtiharan Arahan Dunia Baru (ii) itu nanti. Ke dua dua peristiwa besar yang bakal menggemparkan "Sistem Kewangan Dunia" itu nanti, akan berlangsung serentak selama 7 hari 7 malam berturut turut di bumi Sulu. Namun Majlis Pengishtiharan Arahan Dunia Baru ("i.i" - "i"ntergrated "i"slamik) itu nanti hanya akan dilangsungkan selepas selesainya Majlis Pertabalan RAJA Sulu itu dibuat. Apabila selesainya Majlis Pertabalan RAJA Sulu dan Majlis Pengishtiharan Arahan Dunia Baru (ii) itu dibuat, satu Majlis Angkat Sumpah kerana ALLAH dan Rosul [Aku Janji/Baiah/Undertaking] yang berkaitan dengan penyerahan AMANAH Akaun Harta White Spiritual Boy kepada golongan Ahad Bait dan Ulul Bait yang terpilih di antara mereka, akan dilangsungkan di suatu tempat yang hanya akan diketahui oleh setiap diri yang bakal berbaiah itu nanti sahaja. Mereka akan dimaklumkan oleh Perwakilan yang dilantik oleh Grand Master (ii) selaku Ketua Jemaah Pewaris Rosul "Se Dunia" itu.

SEKIRANYA selesai dengan jayanya semua urusan kerja yang telah dibuat selama 22 tahun itu di mana tahun "TERAKHIRNYA" adalah tahun ini, mengikut sepertimana yang telah dirancangkan dan diarahkan melaksanakannya oleh Grand Master (ii) kepada setiap "Perwakilannya" di seluruh dunia, maka besar kemungkinannya "akaun akaun" tertentu di dalam Sistem Bank Dunia dapat "diaktifkan" di dalam tempoh waktu yang terdekat ini adalah cerah. Manalah tahu kemungkinan besarnya dalam tahun ini atau selewat lewatnya tahun depan, kan? ...heheee...Sudah pastinya bilamana akaun akaun tersebut sudah diaktifkan dan dananya pula sudah boleh digunapakai dengan mendapat imuniti [kekebalan] terlebih dahulu dari PBB sebelum berlakunya Majlis Pengishtiharan Arahan Dunia Baru (ii) tersebut, maka dana dana berkenaan itu akan digunakan oleh Grand Master (ii) dan Jemaahnya untuk menggerakkan program program kebajikan [projek] kemanusiaan yang telah diluluskan oleh PBB di semua negara sebelum ini, bagi tujuan kemakmuran hidup umat manusia [rakyat jelata] di seluruh dunia. Semua projek projek yang diluluskan PBB itu kecuali projek projek yang di bawah Grand Master (ii) secara langsung di sesebuah negara atau negeri, akan diletakkan atas nama projek milik Raja atau Sultan di negara yang memiliki RAJA atau Sultan sahaja. Apa yang bakal berlaku selepas itu ialah pandangan rakyat jelata akan berubah kepada memandang tinggi dan menghormati Institusi Raja atau Sultan yang selama ini mereka "dididik" memperlekehkannya oleh Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen ciptaan Iblis melalui tentera Dajjalnya yang dinamakan sebagai Kumpulan  Freemason se dunia itu. Rakyat jelata nanti akan dapat melihat dengan nyata akan kekuatan kewangan dan ekonomi Sistem Pemerintahan RAJA Berpelembagaan/Mutlak melalui projek projek MEGA lagi strategik yang ditentukan kelulusannya oleh Jemaah Grand Master (ii) terlebih dahulu melalui Sistem Bank Dunia dan PBB. Rakyat jelata juga bakal melihat tiada lagi projek projek di bawah bidang kuasa parti politik sepertimana yang biasa mereka lihat di negara mereka mahupun di negara negara di dalam PBB selama ini. Senario kuasa parti politik sebegitu berlaku adalah kerana PBB mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen hingga kini. Apabila rakyat jelata melihat dengan nyata akan kekuatan sumber kewangan dan ekonomi Sistem Pemerintahan RAJA Berpelembagaan/Mutlak di sesebuah negara, maka secara tidak langsungnya ianya akan mengangkat kembali "MARTABAT" Raja Raja Dunia di mata rakyat jelata. Yang mana selama ini martabat itu telah "dirampas" dengan tipu daya yang keji oleh orang orang politik di dalam sesebuah kerajaan ciptaan Iblis melalui kuasa Kumpulan Freemason se dunianya itu sejak ratusan tahun dahulu hingga kini. Sekian dari akudtgdrpantek@ADDP dan tak lupo...heheee

Kata laluan akudtgdrpantek@ADDP untuk Penabalan Raja Sulu : BILA LANCANG KUNING BERLABUH DI SULU, BERAJALAH SULU... 



Sunday 15 June 2014

Perihal : [Master of] Grand Master (ii), Arahan Dunia Baru (ii) : MENGHAMPIRI HARI PERTABALAN PEWARIS RAJA [KERAJAAN] S.. YANG BAKAL MENGGEMPARKAN DUNIA DAN BAKAL MENGUBAH WAJAH KERAJAAN DUNIA SELEPAS "HILANG" RATUSAN TAHUN DARI LIPATAN SEJARAH DUNIA SERTA KAITANNYA DENGAN GRAND MASTER (ii) DAN ASET WHITE SPIRITUAL BOY!!! - Bahagian 2

gambar hiasan

SEMUA cherita akudtgdrpantek @ ADDP di dalam blog ini adalah "DONGENG" semata mata dan hanyalah sebagai “MADAH SELOKA PERIBADI” beliau yang tidak menuntut kepercayaan sesiapo dan apo apo, serta tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati!…Dimaklumkan…heheee

CHERITA Hyper Super "DONGENG" dari akudtgdrpantek @ ADDP : SESUNGGUHNYA yang berebutkan takhta Kesultanan S... sekarang ini ialah mereka dari kalangan keturunan Bendahara yang bernama K..... Keturunan K... inilah dulunya yang telah diberikan amanah sebagai Sultan S... oleh RAJA S... sebelum RAJA S... dibawa pergi meninggalkan bumi S... sebelum mendaratnya penjajah barat di bumi S... ketika itu. Kini takhta RAJA S... itu bakal diserahkan kembali melalui PBB atas arahan Grand Master (ii) kepada Pewaris Sah dari keturunan RAJA S... yang tidak bersama sama mengikut rombongan RAJA S... ketika dibawa keluar dari bumi S... dahulu. Malangnya pengetahuan tentang wujudnya seorang Pewaris Sah RAJA S... yang berada di bumi S... sekarang ini tidak banyak diketahui oleh masyarakat S... sendiri hingga ke hari ini kecuali A... S... M... dan jemaah beliau.

PEWARIS Sah RAJA S... ini bakal ditabalkan di bumi S... sedikit masa lagi. Mungkin mana lah tahu dalam tahun ini juga, kan!? Malah segala persediaan untuk hari pertabalan tersebut telah siap sedia perkakasnya. Segala peralatan untuk hari pertabalan tersebut telah sampai di bumi S... termasuklah "MAHKOTA RAJA M..." yang bakal dipakaikan di kepala Pewaris Sah RAJA S... semasa hari pertabalan itu nanti. Peralatan pertabalan yang akan digunakan itu nanti datangnya dari segenap penjuru dunia termasuklah dari B.... Seperti "MAHKOTA RAJA M..." tersebut yang didatangkan dari L.... Sesungguhnya semua peralatan pertabalan itu telah disembunyikan selama ratusan tahun malah mungkin ribuan tahun dari pengetahuan masyarakat dunia selama ini oleh Para Pemegang Amanahnya di seluruh dunia. Sebagai contoh ialah seperti Mahkota Raja M... tersebut yang disimpan rapi oleh Keluarga Diraja B... selama ini sebagai salah satu pihak yang memegang Amanah Khazanah Tamadun Umat Manusia di Muka Bumi.

BILAMANA kita bercherita pasal pertabalan seseorang RAJA yang sah itu selain dari Mahkotanya maka haruslah ada ISTANA dan kerusinya. Sesungguhnya Istana yang dimaksudkan itu telah pun siap dibina oleh pihak B.... Malah Istana itu sekarang ini sedang dikawal rapi oleh pihak keselamatan "Dunia" dari diganggu gugat oleh pihak Syaitan IBLIS melalui Kumpulan Freemason se dunianya itu. Di mana selama ini merekalah yang membuat kerja dari belakang sesebuah kerajaan untuk menghuru harakan hidup umat manusia di dunia hingga sekarang. Selain dari Istana dan Mahkota RAJA S... itu, kerusi yang bakal diduduki oleh RAJA S... itu nanti di atas singgah sananya ialah kerusi yang diperbuat daripada EMAS PADU TULIN! Di mana setiap satu kerusi itu berat emasnya ialah "2 tan" malah mungkin lebih dari itu! Serta ketinggian penyandar kerusi itu pula berukuran melebihi 6 kaki dan juga diperbuat daripada emas padu tulin. Pengetahuan DONGENG seperti ini sememangnya tidak pernah dicheritokan di dalam mano mano media dunia, kecuali hanya di MADAH SELOKA ADDP yang dicipta DONGENG dan ditulis sendiri oleh PENDONGENG akudtgdrpantek@ADDP ini sahaja! Sebelum ini pihak keselamatan "Dunia" dikuasai oleh IBLIS melalui Kumpulan Freemasonnya itu. Tetapi perkara tersebut tidak lagi berlaku sekarang ini kerana Kuasa Gelap [Dark Force] IBLIS melalui Kumpulan Freemasonnya itu sudah dilemahkan melalui "proses pemutihan se dunia" yang telah dibuat oleh Kumpulan Light Force [Kuasa Terang] ALLAH melalui Kumpulan Grand Master (ii) itu yang "meresap" masuk ke dalam diri seseorang manusia yang disasarkan oleh mereka. Malah sekarang ini negara kuasa utama Dunia sedang dipimpin oleh Pemerintah dan Pemimpin yang telah dikuasai JIWA mereka oleh Kuasa Terang [Light Force] ALLAH yang "dipimpin" oleh Master of Grand Master (ii) itu! Perkara seperti ini "boleh" terjadi kepada mana mana Pemerintah dan Pemimpin Dunia sekiranya JIWA mereka punya sifat kasih dan sayang yang tebal kepada sesama manusia yang seterusnya menjurus kepada kerjasama yang erat dengan Grand Master (ii) untuk membuat kerja KEBAJIKAN memerdekakan sekelian JIWA umat manusia yang sakit sekarang ini di seluruh dunia, tidak kira lah apa anutan agama dan budaya mereka.

PERLU dijelaskan di sini bahawa sesungguhnya IBLIS Syaitan dan para "pengikutnya" yang bernama Kumpulan Freemason se dunia itu, TIDAK pernah suka membuat kerja KEBAJIKAN untuk umat manusia di muka bumi ini semata mata IKHLAS kerana ALLAH dan RosulNYA itu. Sekiranya kalau ada lah kerja kebajikan yang dibuat oleh mereka selama ini, kerja kebajikan yang dibuat itu tak lebih hanyalah untuk "kepentingan duniawi" peribadi dan keluarga mereka semata mata. Seperti untuk mendapatkan KEMAHSYURAN dunia serta harta dan takhta supaya dapat membina EMPAYER KELUARGA atas usaha menipu dan berdusta [DAJJAL] pada umat manusia se dunia hingga ke akhir hayat mereka. Malah lebih jahatnya mereka ini ialah mereka "menghalang dan menjajah" JIWA manusia di dunia supaya jangan kembali kepada diri ALLAH yang bersama JIWA setiap umat manusia selama diri ALLAH itu masih di JIWA seseorang manusia itu. Mereka menjajah JIWA manusia dengan cara menyibukkan JIWA umat manusia dengan segala macam permasalahan hidup di dunia yang dicipta mereka hingga sekarang. Seperti "mengadakan" masalah kewangan dan ekonomi dunia yang sepatutnya tidak berlaku, dengan niat mahu menekan JIWA manusia hingga JIWA manusia alpa tentang kehadiran ALLAH di dalam JIWA mereka. Sesungguhnya matlamat mereka itu hanyalah mahu memperhambakan dan menyesatkan JIWA umat manusia di dunia daripada kembali kepada diri ALLAH swt [Tuhan Yang ESA] hingga ke detik JIWA umat manusia harus meninggalkan raganya! Berlainan sekali dengan kehendak Grand Master (ii) itu yang telah mengambil AMANAT "langsung" daripada ALLAH swt [Tuhan Yang ESA] sebelum ini semata mata untuk membuat kerja kebajikan [fardu kifayah] untuk sekelian umat manusia di muka bumi bagi pihak ALLAH untuk kali ini. Kerja kebajikan ini adalah sama seperti yang pernah dilakukan oleh para Rosul ALLAH sebelum ini. Tujuannya tidak lain hanyalah untuk MEMERDEKAKAN JIWA umat manusia di seluruh dunia dari kesengsaraan hidup yang dibuat oleh IBLIS dengan Kumpulan Freemasonnya hingga sekarang. Seperti kesengsaraan bebanan pelbagai jenis HUTANG di dalam kehidupan manusia di muka bumi sekarang ini! Kaedah yang diguna pakai oleh Grand Master (ii) untuk memerdekakan JIWA umat manusia di seluruh dunia kali ini ialah melalui alat ASET, KEWANGAN dan EKONOMI yang telah diberi mandat oleh ALLAH swt [Tuhan Yang ESA] kepada Grand Master (ii) untuk dilaksanakan mengikut aturan ALLAH dan RosulNYA dan bukannya mengikut aturan fikiran duniawi manusiaNYA sepertimana yang telah dilakukan oleh Syaitan IBLIS dan Kumpulan Freemasonnya selama berabad hingga sekarang, semata mata untuk menghasilkan "kesengsaraan" JIWA umat manusia di dunia hingga JIWA umat manusia sakit dan terpiatu sepi! Sekian dari akudtgdrpantek @ ADDP dan tak lupo...heheee       







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Market Oracle